Thursday, September 11, 2008

Hari ini 12 Ramadhan


Alhamdulillah dapat juga blog ini muncul kembali selepas beberapa kekangan-kekangan yang disengajakan. Ada hikmahnya juga semua yang berlaku. Semua yang terjadi membuatkan saya merenung kembali sejenak, apa yang sebenarnya hendak digarapkan didalam blog. Adakah suka-suka atau untuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang hamba. Atau mungkin juga sekadar ikut-ikutan, namun tiada tujuan yang hakiki. (Biarkan hati, fikiran dan iman masing-masing tentukan.)

Apa yang bermain dalam fikiran, yang sebelum ini serabut akhirnya terurai satu persatu. Alhamdullillah Allah tahu apa yang terbaik untuk semua makhluknya. Namun bukan ini yang saya ingin perkatakan.

Hari ini 12 ramadhan, sudah menghampiri pertengahan ramadhan. Entahlah keseluruhan keberkatan bulan ramadhan sudah digunakan sabaik mungkin atau tak. Ataupun sekarang sudah seronok menunggu anak bulan syawal, masing-masing boleh tentukan dan muhasabah kembali. Namun sepatutnya yang ditunggu oleh seorang hamba bukanlah anak bulan syawal, tetapi anak bulan ramadhan. Dan sesungguhnya anak bulan ramadhan sudah memang kelihatan. Gunakanlah ia sebaik mungkin.

Ini kerana ia merupakan bulan yang dinantikan oleh seluruh umat islam, memandangkan ia bulan yang mulia dan memberikan tertalu banyak manfaat, faedah, fadhilat dan masa depan yang cerah bagi sesiapa yang menghayatinya. Moga-moga ibadah kita semua diterima olehNya.

“Ya Allah, di bulanMu yang penuh mulia ini, kami memohon semoga kami mendapat rahmatmu yang mencurah-curah, juga dapat menggapai keampunan dariMu ya Allah dan Engkau lepaskanlah kami semua dari azab neraka Ya Allah”. Amin..

Bertafakur sejenak lebih baik dari solat 1000 rakaat. Wallahuallam

0 comments: