Saya sangat tertarik dengan pembaharuan yang telah dilaksanakan oleh Acheh sejurus setelah berjaya menjadi wilayah yang sepenuhnya mengamalkan pentadbiran Islam dalam urusan urus tadbirnya. Terbaru, Acheh meletakkan syarat bacaan Al-Quran mesti baik sebelum seseorang itu dicalonkan sebagai bakal pentadbir wilayah tersebut.Acheh sudahpun membuktikan, meyakini bahawa Islam sudah mula memulakan langkah ke arah kebangkitan yang reality bukan lagi omongan anak-anak kecil semata.

Khabar dari Al-Aqsa pula memberitakan terkini, tiang yang menampung gerbang masjid suci tersebut mulai retak dek kerana korekan terowong bawah tanah oleh puak yahudi laknatullah yang menggelar diri mereka “Israel”. Hati umat mana yang tidak terguris pabila mendengar khabar, tempat sujudnya para anbiya’ terdahulu berimamkan kekasih Allah, Rasulullah tercinta, pada peristiwa besar dalam sirah Islam, Isra’ Mikraj dicabul sebegitu rupa.

Di Tebing Gaza, tidak kurang hebatnya. Aktiviti jual beli makanan sesama rakyat Palestin sempena Ramadhan tidak berjalan semeriah dahulu berikutan sekatan yang semakin kejam dilancarkan puak Israel ke atas mereka. Lmabakan makanan bertan-tan terdapat di sana sini namun tiada siapa yang punya wang untuk membeli. Ramadhan yang sepatutnya menjadi bulan rezeki kegembiraan, menjadi medan getir bagi mereka.

Jihad umat Islam antarabangsa sempena Ramadhan tidak pernah berehat. Pejuang di Somalia hanya melihat syahid di depan mata sahaja di mana mereka terpaksa berhempas pulas menentang kerakusan tentera Ethiopia.

“Jika kami mati ketika berpuasa kerana Allah, kami akan ke syurga,oleh itu tidak ada sebab mengapa kami harus mengurangkan serangan. Serangan pada bulan Ramadhan bukan sesuatu yang salah di sisi Islam kerana kami berperang dengan musuh Allah!” kata salah seorang pejuang Somalia dengan penuh semangat.

Iraq juga masih tidak punya harapan untuk menyambut Ramadahan dengan penuh keamanan tahun ini. Serangan bom dan pembunuhan masih tidak putus bersahutan. Tidak dapat dibayangkan betapa tangisan anak kecil yang kehilangan ibu dan ayah teresak sana sini, teriakan si ibu meratapi pemergian yang tak diduga sang anak dan esakan hiba seorang isteri memendam rindu kepada kematian si suami berlagu hiba. Inilah Ramadhan bagi mereka.

Permainan kotor musuh-musuh Islam semakin memuncak dan memualkan sekali. Demi untuk mengelakkan seruan jihad umat Islam sedunia kembali berkumandang, maka satu persatu singa –singa Islam abad ini dicantas. Siapa boleh lupa betapa gerunnya pihak barat terhadap Syeikh Ahmad Yassin sehinggakan insan mulia yang tidak berdaya, lumpuh hampir seluruh badan itu diserang bertubi-tubi menggunakan roket dan bom untuk dihapuskan. Gerunnya mereka pada pejuang-pejuang agama Allah yang benar. As-Syahid Hassan Al-Banna dan As-Syahid Sayyid Qutb juga tidak terkecuali. Malah ramai lagi para pejuang yang dikorbankan pihak musuh demi memastikan cita –cita cahaya ajaran nabi tidak bangkit kembali dari muka bumi ini!

Terbaru, Menteri Kabinet Israel, Rafi Eitan merancang untuk menculik Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad untuk dibicarakan di mahkamah Dunia di The Hague sepertimana yang telah mereka lakukan terhadap pemimpin Nazi, Adolf Eichmann satu tika dahulu.Peristiwa-peristiwa yang berlaku di dunia yang menatijahkan kesan besar terhadap umat Islam bergerak dengan begitu pantas sekali. Malaysia juga tidak terkecuali.

Bermula Dari Malaysia

Dalam kehangatan kita berbicara mengenai perubahan kuasa yang bakal berlaku 16 September ini, jangan kita terleka untuk membicarakan bagaimana masa depan Islamisasi di Malaysia itu sendiri. Sudahkah majoriti rakyat Malaysia yang bukan beragama Islam sudah memahami sepenuhnya agama utama yang tercatat dalam Perlembagaan Malaysia ini? Adakah umat Islam itu sendiri majoritinya sudah memahami bahawa kalimah syahadah Lailaha illallah wa Muhammadur Rasulullah itu bukan sekadar lafaz tahiyat semata?

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi , Malaysia dikatakan sangat dihormati pelbagai negara Islam di luar sana kerana ia merupakan negara Islam contoh. Malah Timbalan Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin pernah mengelurkan kenyataan bahawa kita perlu berbangga kerana Malaysia merupakan pusat Halal-Hub terbesar di dunia.

Ya itu satu hal. Dari segi pembangunan kita memang terkehadapan berbanding negara Islam lain kerana kita tidak ada perang di sini. Kita mampu menjadi negara Halal-Hub terbesar juga kerana kita tidak sekatan makanan sepertimana yang berlaku di negara-negara saudara kita. Namun, bolehkah kita berbangga pabila peratus kes murtad semakin bertambah? Dalam utusan khas sempena kemerdekaan baru-baru ini, Mufti Perak Daruk Harussani Zakaria sekali lagi menegaskan berhubung isu ini yang dilihat semakin parah kepada Sultan Perak. Bolehkah kita berbangga pabila melihat ramai anak muda kita sudah hilang semangat kenegarawannya apatah lagi bersifat negarawan Muslim? Lihat aja siapa yang lebih ramai dalam majlis ilmu baik akademik mahupun agama.Golongan yang berumur berapa yang kelihatan begitu dahagakan ilmu? Masihkah kita boleh berbangga kita pengeluar rangkaian halal terbesar di dunia namun anak-anak muda kita masih bekerja di tempat yang masih tidak sah halal haramnya? Bagaimana yang bekerja di 7 Eleven mahupun pasar raya-pasar raya besar seperti Tesco, Giant, Carrefour dan lain-lain yang menyaksikan mereka terpaksa memegang, menuang malah mendapat gaji hasil dari penjualan minuman kencing syaitan ini? Ini tidak dikira lagi yang terpaksa bekerja di Hotel-hotel dek kerana masalah peluang pekerjaaan yang semakin menghimpit. Siapa yang menjaga kebajikan mereka?

“Kita tidak kira siapa yang memerintah namun yang kita mahu adalah Islam menjadi dasar pemerintahan.” – Tuan Guru Abd Hadi Awang

Ya, bagi pencinta Islam, kita mengimpikan mudah-mudahan perubahan besar yang bakal berlaku dalam negara nanti akan membuahkan masa depan yang lebih baik untuk umat Islam.

Penubuhan Kelab Penyokong oleh PAS adalah sesuatu yang boleh dibanggakan oleh umat Islam. Tidak kira kita parti mana, tapi lihatlah pada usaha mengelombangkan kefahaman Islam secara tidak langsung. Usaha murni dalam memartabatkan agama Allah melalui dakwah halus ini wajar dipuji. Kita tidak boleh menyalak tidak tentu hala sepertimana yang berlaku di demonstrasi aman yang hampir-hampir menjadi rusuhan terhadap kes Forum Bar Council dahulu. Salahkah mereka punya salah faham terhadap Islam apabila umat Islam itu sendiri tidak berperanan sepenuhnya menyebarkan kefahaman mengenainya?

Pemimpin itu silih berganti.

Pemimpin-pemimpin gerakan-gerakan Islam akan pergi satu tika nanti dan memerlukan pengganti. Menteri hari ini akan menjadi rakyat juga nanti. Namun, bagaimanakah corak pemerintahan menteri-menteri masa akan datang?

“Ada 2 golongan kalangan umatku, jika baik keduanya, maka baiklah manusia. Jika buruk keduanya, maka buruklha manusia.Itulah ulama’ dan umara’” – al-Hadith


Di sinilah peranan anak-anak muda yang ditarbiyyah apatah golongan mahasiswa Islam yang diharapkan menjadi para intelektualis yang kembali mengangkat sejarah peradaban keilmuan Islam. Kita tidak menerima bulat-bulat ilmu sekular yang didoktrin oleh Barat untuk faham saja-saja tapi kita akan mengolah dan memanipulasi ilmu yang baik itu selaras untuk membuahkan ilmu atau perlaksanaan yang akan mendatangkan keuntungan kepada Islam sepertimana strategi yang digunapakai oleh rakyat negara Jepun untuk bangkit dalam sector ekonomi dan perniagaan setelah kalah teruk dalam Perang Dunia Kedua satu tika dahulu .

Saya bersama para pimpinan GAMIS menanam tekad bahawa kami mahukan insyaAllah satu hari nanti, setiap corong pentadbiran akan dikuasai para pemimpin yang berjiwa tarbawi dan mahir siasah. Kita yakin bahawa dengan menguasai setiap ceruk dan ruang pentadbiran dengan kefahaman Islam mampu merubah Malaysia ke arah negara Islam yang lebih baik.

Berubahnya Malaysia maka peranan Malaysia dalam perkara diplomatik antarabangsa InsyaAllah akan turut berubah. Peranan kita dalam APEC, OIC , NAM, PBB dan lain-lain tidak lagi menjadi alah malu-malu kucing, tegasan isu mahu tak mahu. Akan tetapi, kita bakal menjadi harimau yang bangkit dari tidur dan ngaumannya bisa mengegarkan dunia barat apatahlagi dalam isu yang berhubung rapat dengan dunia Islam.

Maka dengan itu kita memerlukan ahli-ahli yang mantapnya tarbiyyahnya. Tabiyyah yang melahirkan abna’ul haraki yang bukan zuhud tak tentu hala tapi berani mendokong strategi penuh strategis. Mahasiswa yang ditarbiyyah menjadi pakar dalam bidang yang diceburi. Profesional selaras dengan waqie semasa dan berbudaya keilmuan dalam setiap tindakan. Kita mahu para pendokong Islam menjadi sepertimana para salafusssoleh dan pejuang terdahulu, punya wawasan luas dan matlamat yang tinggi. Tidak lagi berteriak remeh di kampung sendiri hal-hal yang kecil.

Buat para mahasiswa Islam, musuh kita biarlah pada masa depan bukan lagi kepincangan pentadbiran HEP, bukan lagi keangkuhan UMNO menelan kuasa tapi ancaman barat yang menyiat-nyiat hati umat Islam dengan rancangan kotor mahu memadamkan agama Allah ini.

Untuk ke arah semua itu ,hanya satu perkara yang bisa diungkapkan – AYUH REFORMASIKAN GERAKAN TARBIAH KITA.

“Anda semuda kepercayaan anda, setua keraguan anda, semuda keyakinan anda, setua ketakutan anda , semuda harapan anda dan setua kekecewaan anda”.

sumber dari :mawarmunawwarah

0 comments: