Thursday, September 25, 2008

Ramadhan makin senja

Sedar atau tak kita semua sudah menghampiri penghujung ramadhan. Dalam riuh rendah menyiapkan persiapan raya, tak kiralah dari yang kecik hingga yang besar, masing-masing sudah merasakan bahang hari lebaran. Namun Ramadhan yang hampir berlalu sudahkah kita gunakan sebaik mungkin untuk menggapai redha Ilahi? Persoalan buat diri ini dan juga buat teman-teman.

10 malam terakhir merupakan hadiah dari Ilahi bagi hambanya untuk menghindari dari azab api neraka. tidakkah hebat tawaran ini? tidakkah mahu kita berjual beli dengan Allah dalam hal ini?

Firman Allah dalam surah As-saf yang lebih kurang maksudnya
"Wahai orang-orang yang beriman, mahukah kamu Aku tunjukkan perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab api neraka. Berimanlah kepada Allah dan Rasulnya, dan berjihad pada jalan Allah dengan harta kamu dan jiwa kamu, dan itulah sebaik-baik jika kamu mengetahui"

marilah sama-sama kita rebut peluang yang diberikan oleh Ilahi ini. Jadikan Ramadhan kali ini sebagai salah satu jalan menempah syurga Ilahi. Pemergian Ramadhan harus ditangisi kerana belum tentu ramadhan seterusnya milik kita semua.

dalam kesibukan meniti hari-hari yang berlalu dalam kehidupan seharian, sibukkanlah juga diri kita untuk menjadi hamba Ilahi yang beriman yang menunaikan tanggungjawab sebagai hamba dengan sempurna.

Dikesempatan beberapa hari yang masih berbaki ini, ayuhlah sama-sama kita gunakan untuk topup amalan kita, dan yang paling penting adalah istiqamah selepas madrasah ramadhan ini.

setelah kamu berada dalam INIVERSITI OF RAMADHAN maka bersyukurlah kerana mungkin itu adalah pendaftaran yang terakhir bagi kamu. Oleh itu tunjangkanlah resahmu di dada SOLAT, himpunkan peritmu di genggaman DOA, tutupilah kekecewaanmu dengan KETAQWAAN dan nilaikan kesucian hatimu dengan keIKHLASAN hati, jangan biarkan dirimu lalai di Universiti ini. Rebutlah peluang 10 malam terakhir sebelum kamu grad. moga ijazah keredhaanNya menjadi milik mu.

"Annadamu Taubah"(penyesalan itu adalah taubat)

0 comments: