Saturday, September 13, 2008

Tazkirah hari ini

Bukankah orang yang sedang mabuk cinta itu tidak pernah melupakan janji untuk bertemu dengan kekasih!! Kerana hari itulah ia boleh bertemu dengan kekasihnya yang ditunggu-tunggu. Cuma bilakah tarikh dan masanya tidak kita ketahui walaupun sudah ditentukan oleh kekasih kita semua.
Rasulullah S.A.W bersabda
“Perbanyakkanlah mengingati-ingat tentang perkara-perkara yang menghapus kelazatan(maut).”

Sabdanya yang lain
“Cukuplah mati itu menjadi penasihat (menginsafkan)”

Sabdanya lagi
“Sepintar-pintar manusia ialah orang yang mengingati mati dan sentiasa bersedia untuk menghadapinya. Mereka itulah orang-orang yang bijaksana. Mereka telah pergi dengan menbawa penghormatan dunia dan kemuliaan akhirat.”

Dari Abdullah bin Mutarrif, katanya: Sesungguhnya maut itu boleh melenyapkan kenikmatan dari orang-orang yang harus menerima nikmat, kerana itu carilah kenikmatan yang tidak berakhir dengan maut.

Ketahuilah bahawa orang-orang yang tenggelam dalam urusan dunia dan terpesona dengan tipu dayanya serta sangat cenderung dengan segala rupa syahwatnya, tidak syak lagi tentulah hatinya akan lalai dari mengigat perkara mati. Bahkan jika ia teringat akan mati nescaya ia akan membencinya dan mencuba seboleh mungkin hendak melarikan diri daripada mati. Mereka yang bersikap seperti ini adalah orang-orang yang disifatkan oleh Allah s.w.t dalam firmanNya: (Surah Al-Jumu’ah:8)

“Katakanlah bahawasanya maut yang kamu sekalian ingin lari darinya itu pasti akan menemui kamu, kemudian kamu sekalian akan dikembalikan kepada Zat yang Maha Mengetahui segala yang ghaib serta yang nyata, kelak dia akan memberitahu kamu segala yang apa telah kamu lakukan”

Manusia itu terbahagi kepada tiga kategori

1. Orang yang tenggelam dalam urusan keduniaan.
- Iaitu ia tiada mengingati tentang maut sama sekali. Kalaupun ia mengingati tentang maut justeru kerana merasa sedih yang dirinya akan meninggalkan segala harta kekayaannya kelak, ketika itu hatinya akan menyumpah-nyumpah kedatangan maut semacam ini tentulah tiada berguna, malah dirinya akan menjadi lebih jauh dari Allah Taala terus menerus.

2. Orang yang bertaubat atau mula bertaubat.
- Iaitu orang yang sering memperbanyakkan ingatan kepada maut yang akan mendatanginya, sehingga timbul dalam hatinya perasaan cemas dan takut serta bimbang akan mati. Oleh yang demikian ia akan menyempurnakan taubatnya dengan sesempurna-sempurna mungkin.

3. Orang yang mengenal diri sendiri yang selalu merasakan hayatnya akan berakhir.
- Maka pastilah ia akan sentiasa mengingati maut itu pada bila-bila masa sahaja.

0 comments: