Friday, February 27, 2009

Tuhan Yang Satu


Bismillahirrahmanirrahim

Siapa itu Tuhan,
Tapi tak nampak pun Dia?..
Dimana Tuhan?

Persoalan-persoalan yang mungkin menjadi tanda tanya bagi kebanyakan dikalangan manusia.. namun hakikatnya Tuhan tetap satu, tiada yang lain melainkan Yang Maha Esa.

Kenapa tuhan itu satu?
Kenapa Tuhan orang lain ada dua, tiga, dan lebih daripada itu?
Bukankah Tuhan yang banyak itu lebih bagus daripada yang satu?

Analoginya sultan hanya seorang, pemimpin persatuan juga seorang, hatta ketua untuk group discussion juga seorang. Cuba kita bayangkan jika terdapat dua orang ketua dalam satu kumpulan, tidak dapat tidak mesti terdapat perbezaan dan perbalahan antara dua ketua.

Itu baru ketua kumpulan. Bagaimana pula bagi alam semesta yang luas ini ditadbir oleh dua kuasa? Pasti segala-galanya hancur kerana masing ingin menunjukkan yang dia terhebat.

Dalam islam, Tuhan itu agung. Dia yang satu-satunya mentadbir alam. Dia tidak mempunyai lawan. Bahkan iblis dan syaitan itu juga hambanya. Bukan seterunya, bahkan hambanya yang hina.

“orang-orang musyrik itu menjadikan jin itu sekutu baginya, padahal Tuhanlah yang menciptakan jin-jin itu” (Al-An’am :100).

Mungkin pernah kecik-kecik dahulu, kita pernah terdengar orang-orang tua kita mengatakan bila hendak melalui sesuatu kawasan kenalah meminta izin terlebih dahulu daripada penunggu pokok atau tempat tersebut. Lebih-lebih lagi bila hendak memasuki kawasan hutan atau sesuatu tempat yang jarang dikunjungi. “tok, cucu tumpang lalu, jangan makan cucu”. Mungkin antara dialog yang pernah didengar. Namun sedarlah harapan kita hanyalah pada tuhan semata-mata.

Kita lupa sebenarnya Tuhan itu pemilik mutlak, manakala hantu, syaitan, iblis, jin atau apa sahaja entity adalah hambanya.

“Dengan mengigati allah, hati akan menjadi tenang” (al-Ra’d : 28)

Tuhan itu sumber segalanya. Hanya adanya tempat kita meminta dan memohon pertolongan, bukan pada yang lain. Tiada kuasa ataupun Tuhan lain selain-Nya
Tuhan mencabar mana-mana kuasa lain yang dianggap sebagai tuhan itu bagi mencipta seekor lalat. Cuma seekor lalat. Sekiranya Berjaya, itu bermakna kredibiliti Tuhan itu sama denganNya. Tetai, tidak ada mana-mana kusa lain pun yang dapat menciptakan makhluk hidup walaupun seekor lalat. (Surah al-Hajj : 73)

Tuhan itu satu walau apapun agama manusia, mereka tetap bertuhankan Allah. Allah itu pemilik semua yang ada dilangit dan di bumi. Tidak ada tuhan yang layak disemabah melainkan dengan Allah.

Maka akrablah dengan tuhan, insyaallah hidup aman dan tenang walaupun ekonomi merosot atau apapun bala bencana yang menimpa…
Baca Lagi!
Thursday, February 19, 2009

Hikmat Berdiam Diri


Ingin berkongsi Kata-kata As-Syahid Imam Hassan Albana :
"Sesungguhnya telah dipertahankan agama ini oleh para mujahidin yang terdahulu darimu, melalui pemerkasaan kekuatan iman terhadap Allah, dan zuhud dari kemewahan dunia yang fana ini, serta melebihkan ke arah tempat tinggal yang kekal abadi, mereka mengorbankan dengan darah, nyawa dan harta benda mereka di jalan yang benar, cinta untuk mati di jalan Allah dan sentiasa menyelusuri landasan pertunjuk Al-Quran".

Hakikatnya manusia berbicara setiap masa. Bicara yang baik akan membawa keselamatan dan kebaikan kpd manusia. Jika bicara tidak mengikut adabnya, manusia akan merana di dunia dan di akhirat. Di dunia akan dibenci oleh manusia lain manakala di akhirat bicara yang menyakiti hati org lain akan menyebabkan kita terseksa kekal abadi di dalam neraka Allah SWT.

Bagi mereka yg beriman, lidah yg dikurniakan oleh Allah itu tidak digunakan utk berbicara sesuka hati dan sia-sia. Sebaliknya digunakan utk mengeluarkan mutiara-mutiara yg berhikmah.

Oleh itu, DIAM adalah benteng bagi lidah manusia drp mengucapkan perkataan yang sia-sia. HIKMAH DIAM
1. Sebagai ibadah tanpa bersusah payah.
2. Perhiasan tanpa berhias.
3. Kehebatan tanpa kerajaan.
4. Benteng tanpa pagar.
5. Kekayan tanpa meminta maaf kpd orang.
6. Istirehat bagi kedua malaikat pencatat amal.
7. Menutupi segala aib.

Hadis2 Rasullulah mengenai kelebihan diam yg bermaksud:

"Barangsiapa yg banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yg banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan barangsiapa yg banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya". ( RW ABU NAIM )

"Barangsiapa yg beriman kpd Alah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yg baik atau diam". ( RW BUKHARI & MUSLIM )

"Barangsiapa diam maka ia terlepas dr bahaya".( RW AT-TARMIZI )

Madah Dari Hukama:

-BANYAK DIAM TIDAK SEMESTINYA BODOH, BANYAK CAKAP TIDAK SEMESTINYA CERDIK, KRN KECERDIKAN ITU BUAH FIKIRAN, ORG CERDIK YG PENDIAM LEBIH BAIK DR ORG BODOH YG BANYAK CAKAP.

-MENASIHATI ORANG YG BERSALAH , TIDAK SALAH. YANG SALAH MEMIKIRKAN KESALAHAN ORANG..

- KALAU ORG MENGHINA KITA, BUKAN KITA TERHINA, YG SEBENARNYA ORG ITU MENGHINA DIRINYA SENDIRI.

Manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dgn diam. Jalan yg terbaik ialah diam kalau kita tidak dapat bercakap! kearah perkara2 yg baik. Bicara yg baik adalah lambang hati yang baik dan bersih yang bergantung kpd kekuatan iman pada diri manusia.

Moga kita semua diberikan kekuatan oleh Allah untuk bercakap bila hanya perlu. Moga-moga tomorow is better than today..
Baca Lagi!
Sunday, February 15, 2009

Nilai-nilai kepimpinan Islam

"Semulia-mulia manusia ialah orang yang mempunyai adab yang merendah diri ketika berkedudukan tinggi, memaaf ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat." (Kata hikmah Khalifah Abdul Malik bin Marwan)

Mampukah kita melaksanakan pesan Abdul Malik bin Marwan?

Di sini, kita mendapat beberapa pengajaran..

Pertama, merendah diri ketika berkedudukan tinggi. Kedua, memiliki sikap pemaaf saat mampu membalas dendam. Ketiga, bersikap adil ketika kuat.



Sebenarnya, ketiga-tiga nilai dan adab kesopanan seseorang penguasa ini sangatlah sukar untuk dilaksanakan. Ketiga-tiga nilai itu adalah merendah diri, pemaaf dan adil.

Sebelum kita melanjutkan perbahasan, ada baiknya juga kita mengenali peribadi Khalifah Abdul Malik bin Marwan ini secara ringkasnya.

Sedikit ringkasan berhubung Abdul Malik bin Marwan

Khalifah Abdul Malik bin Marwan dilahirkan pada tahun 26 Hijrah (646 Masihi). Ibunya bernama Aisya bt. Mu'awiyah b. al-Mughira.

Ketika beliau berusia 16 tahun, Abdul Malik b. Marwan telah mengetuai pasukan tentera Madinah melawan Byzantine ketika pemerintahan Mu'awiyah.

Beliau adalah khalifah Bani Umayyah yang kelima yang memerintah dari tahun 65 Hijrah - 86 Hijrah (685 - 705 Masihi).

Khalifah Abdul Malik b. Marwan sempat melakukan pembaharuan seperti mengeluarkan matawang mas, mengumpul kembali Mushaf Uthman, dan lain-lain. Pada akhir hayatnya, Abdul Malik b. Marwan berhasrat melantik anaknya Al-Walid bin Abdul Malik sebagai Khalifah. Pada zamannya juga Qubbat As-Sakhrah telah dibina di Baitulmuqaddis.

Tidak diketahui apakah yang menyebabkan Khalifah Abdul Malik bin Marwan menyebut tiga perkara ini. Dan, yang paling penting, kepada siapakah ia ditujukan?

Merendah diri pada kedudukan tinggi
Mari kita teliti bersama. Pada ketika seseorang penguasa itu berada pada kedudukan yang sangat tinggi, mudahkah dia merendah diri?

Memaafkan musuh ketika berdaya membalas
Sikap kedua ialah, memaafkan musuh ketika berkuasa. Tidak dapat tidak, kita mesti mengakui bahawa sahabat-sahabat nabilah antara yang amat baik dijadikan contoh teladan dalam hal ini. Saidina Ali k.w misalnya pernah dalam suatu peperangan, beliau hampir membunuh seorang Yahudi.

Demi melihat Yahudi itu meludah ke arah wajahnya, maka Ali tak jadi membunuh. Maka hal itu tentu sahaja membenihkan pertanyaan dalam dadanya.

"Apa yang menyebabkan engkau tidak jadi membunuhku?" tanya lelaki itu.

Maka, jawab Ali, "Kami diperintahkan berperang di jalan Allah. Tapi, saat kau meludahi wajahku, aku khuatir membunuhmu kerana dendam dan bukan kerana Allah."

Terpesona dengan perawakan dan kejernihan hati si sahabat yang dibina peribadinya oleh madrasah Rasulullah itu, maka si Yahudi pun mula lembut hatinya memeluk Islam.

Sebelum dilantik sebagai khalifah, Sayyidina Ali k.w telah menunjukkan sifat mulia, iaitu memaafkan musuhnya ketika beliau terdaya membalasnya.

Ternyata, ada riwayat gelap dalam sejarah Islam menjelang berlakunya bertukaran antara Bani Umaiyyah dan Bani Abbasiyyah. Habis kawasan perkuburan khalifah-khalifah Bani Umaiyyah dimusnahkan setelah Bani Abbasiyyah berkuasa.

Antara yang terselamat dalam gempuran itu ialah kubur Umar Abdul Aziz. Oleh kerana pemerintahannya adil, maka golongan Abbasiah menghormatinya selepas kematiannya. Ternyata, ketika berkuasa memang sulit menahan diri daripada membalas dendam.

Bersikap adil ketika kuat
Sikap ketiga ialah adil ketika kuat dalam menjalankan pemerintahan. Apatah lagi, jika hal itu melibatkan wang.

Kita perlu meninjau sikap para sahabat terdahulu untuk muhasabah. Kita perlu beramal dengan isi al-Qur'an secara keseluruhan untuk menjadi pemimpin yang terbaik.

Edit dari Sumber:(Harakah Daily.Net).
Baca Lagi!

Assalamualaikum,
Untuk renungan kita bersama... Insyallah.

Dari manuscript lama yang tercatat di atas kulit kambing yang dijumpai berkurun masihi di sebuah negara "middle east". orang yang menulis tidak dapat dikesan. Ini adalah sesuatu yang harus direnung dan di fikirkan bersama bukan setakat baca dan
lupakan, harap kita semua dapat mengelakkan diri kita terjatuh dalam golonggan seperti dalam manusript dibawah. Amin

Seorang nasrani berkata, " saya amat bersyukur kepada Allah walaupun saya dilahirkan dalam bangsa nasrani. Ini kerana saya lebih mulia dari bangsa Majusi.

Seorang majusi pula berkata, "saya juga berasa amat bersyukur kepada Allah walaupun saya dilahirkan dalam bangsa Majusi. Ini kerana saya lebih mulia dari orang kafir

* Cuba kita meneliti dua perbualan diatas, kita dapati,kedua-dua kafir tidak mengaku mereka kafir dan mereka saling bandingkan dengan orang kafir... cuba kita lihat pula apa orang kafir kata... Seorang kafir pula berkata, "saya juga rasa bersyukur kepada Allah walaupun saya dilahirkan kafir. Ini kerana kafir lebih mulia dari dilahirkan sebagai anjing.

Anjing pula berkata, " saya juga bersyukur kepada Allah walaupun saya dilahirkan sebagai anjing. Ini kerana anjing lebih mulia dari dilahirkan sebagai babi.

* Mari kita teka apa kah kesudahan perbualan ini, dan cuba kita teka apakah yang babi akan kata dan siapakah yang babi akan bandingkan dengan dia...

Babi pula berkata, "saya juga bersyukur kepada Allah walaupun saya dilahirkan sebagai seekor babi. Ini kerana saya lebih mulia dari manusia yang tidak solat".

Ini adalah sebuah manuscript yang memberi kesedaran kepada umat Islam yang masih tidur dan juga umat yang selalu membandingkan diri mereka dengan insan yang lebih buruk dan lemah dari mereka. Jika ini berterusan, umat Islam tidak akan maju. Tercatat didalam Al-Quran, bahawa umat islam yang meninggalkan solatnya akan menjadi semakin banyak danlumrah pada akhir zaman... adakah ini akan berlaku atau sedang berlaku atau telah berlaku?

Sesungguhnya mati itu adalah benar, azab neraka itu adalah benar dan syurga itu adalah benar...

maha suci ALLAH.
Baca Lagi!
Friday, February 6, 2009

Wahai wanita


Menyelak buku ”Wanita Solehah – Kedudukan dan Personaliti Serta Ciri-cirinya” hati tersenyum namun gusar di hati sukar untuk ditafsir. Mampukah diri ini bergelar wanita solehah? Mampukah diri ini menajdi wasilah kepada sebuah pembentukan usrah muslim untuk mentarbiyyahkan anak-anak dan keluarga dengan berpandukan AlQuran dan assunnah? Benar, tanggungjawab itu terlalu berat, maharnya terlalu mahal untuk meraih syurga di sana. Dengan arus kehidupan globalisasi, mehnah seringkali menggoyah kekuatan diri. Andai tiada sandaran yang ampuh, sudah pasti diri ini akan rebah akur dengan kehendak duniawi.

Hati seringkali menangis melihat realiti keadaan wanita sekarang. Sekalipun kemajuan dan kemewahan terhampar namun ia membuatkan kita semakin jauh daripada keberkatan dan rahmat kasih sayangNya. Kita dilalaikan dengan ehwal duniawi, sedangkan janjiNya adalah pasti! Dunia sudah tua benar! Ia hanya menanti masa tunggu dipulihkan dengan tiupan sangkakala.


Tika dan saat itu, adakah kita dijanjikan untuk taubat yang akan diterima? JanjiNya itu pasti! Mati juga pasti! Sesungguhnya kita tidak pernah dijanjikan umur yang beratus tahun. Jadi, di manakah titik persetujuan bahawa kita perlu menunggu usia emas untuk bertaubat dan beribadah menutup lompang kejahilan di usia muda? Tiada perjanjian itu!



Saya, saudari dan semua takkan tahu bila ajal kita akan datang. Tahukah kita, malaikat maut sentiasa menziarahi kita. Kunjungan hormat, walaupun tiada terzahir oleh mata zahir namun hati mampu merasainya. Jika hari ini adalah hari terakhir kita di dunia ini, sudah bersediakah kita untuk mengadapNya? Berapa banyak amal yang telah tersedia sebagai bekalan selamat di sana? Sudahkah kita tunaikan hak diri kita sepanjang usia kita? Aurat, akhlak, amalan ibadah... bagaimanakah timbangan semuanya itu? Cukupkah untuk kita berlalu pantas pada titian sirat? Ataupun kita perlu merangkak, lantaran bekalan kita terlalu naif.

Saudariku tersayang, atas dasar kasih sayang ini, marilah sama-sama kita muhasabah diri. Tiada manusia yang akan sempurna, namun bukan satu perkara yang salah untuk kita sentiasa berubah ke arah kesempurnaan.

Renung-renungkanlah. Adakah aurat kita terjaga? Pakaian kita adakah seperti yang islam anjurkan? Akhlak kita adakah mengikut lunas syariat? Siapakah turutan keutamaan dalam amalan kehidupan kita? Ketahuilah, Islam adalah agama yang syumul dan ia takkan menyusahkan pengikutnya! Ayuh, lapangkan hatimu. Lihatkan keindahan Islam yang tersedia buatmu muslimah. Setiap perkara yang islam bahaskan adalah demi kebaikanmu.

Jadilah muslimah yang menjadikan Deen sebagai pakaiannya, jadikan malu itu sebagai kehormatanmu. Janganlah cemarkannya. Ketahuilah jua, dirimu dan diriku adalah wanita istimewa, nilaian wanita muslimah terlalu mahal. Sanggupkah kita merendahkan mahar yang semahalnya itu dengan akhlak yang buruk, dengan pakaian kita yang tidak menutup aurat, dengan tindakan kita yang kurang sopan.

Islam ditegakkan atas darah syuhada, jangan cemarkan darah itu dengan ketaksuban kita kepada kemajuan yang tiada keseimbangan rohaniyyah. Seandainya di suatu malam, air mata kita menitis kerana kita insaf, bergembiralah wahai temanku. Itulah khabaran gembira, Dia sudi memberikan hidayahNya yang tidak pernah siapa menjangka.

Berubahlah ke arah kebaikan, sesungguhnya pintu taubat sentiasa terbuka buat kita semua. Seandainya ada dosa-dosa lalu, Dia menjanjikan keampunan pada mereka yang sentiasa bertaubat. Biarkan kemungkaran lalu menjadi mimpi buruk buat kita, hiduplah dalam alam nyata, bahawa dirimu muslimah terlalu indah untuk dipertontonkan di khalayak.

Diri ini akan menjadi insan paling gembira jika titipan mesra ini dibaca oleh muslimah, lalu ia muhasabahkan dirinya. Berubahlah demi kebaikan, kerana dirimu dan diriku jua berhak meraih syurga abadi yang dijanjikanNya
Baca Lagi!
Tuesday, February 3, 2009

Kita sendiri yang menutup jalannya

Sekali Air Bah...

DUNIA pada hakikatnya tempat manusia menerima cubaan, ujian dan pelbagai dugaan, kerana alam fana ini hanyalah persinggahan sementara menuju ke alam baqa yang lebih kekal. Pada saat kita diuji dengan berbagaibagai kesusahan dan kesedihan yang datang silih berganti, biasanya kita akan resah gelisah dan tidak henti-hentinya memohon pertolongan Allah s.w.t.

Namun, apabila permohonan belum juga dimakbulkan dan bantuan yang diharapkan tidak menampakkan sebarang petanda baik, mulalah kita mengeluh menyalahkan Tuhan yang tidak memenuhi janji-Nya untuk menolong setiap hamba-Nya.


Sebenarnya kelambatan atau permintaan yang tidak dimakbulkan oleh Allah itu juga merupakan suatu ujian, ujian sejauh mana kesabaran kita menghadapi permintaan yang tidak terjawab ataupun justeru yang datang adalah sebaliknya. Janji allah s.w.t.: ``Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.'' (Alam Nasyrah : 6)


Dalam hal ini Ibnul Jauzi berpandangan, kita sebagai hamba Allah selalu menuntut sesuatu yang dirasakan sebagai hak kita, iaitu terlaksananya sesuatu tujuan. Sebaliknya kita sendiri sentiasa lalai melaksanakan kewajipan kepada-Nya. Sepatutnya sebagai hamba, kita ibarat orang suruhan yang hanya melaksanakan arahan dan kehendak Tuannya, dan pada masa yang sama kita tidak sewajarnya mengharapkan Tuan menunaikan kehendak si hamba.

Kedua, penolakan atau penangguhan ke atas doa yang dipanjatkan adalah akibat perbuatan kita sendiri. Kita yang menutup jalan ke arah termakbulnya doa dengan melakukan pelbagai kemaksiatan. Kita ingkar kepada arahan-Nya dan sebaliknya mengerjakan semua larangan-Nya, sehingga jalan yang sebelumnya terbuka luas akhirnya tertutup rapat kerana kesalahan sendiri.

Tetapi malangnya kita tidak nampak kelalaian dan kesalahan sendiri, kita hanya terus berkeluh kesah. Pada hal Allah menjanjikan pertolongan kepada setiap hamba-Nya yang patuh kepada arahan-Nya dan menghindarkan segala larangan-Nya.

Allah s.w.t. mengingatkan: ``Sesiapa yang bertakwa kepada Allah, pasti Dia akan menyediakan baginya jalan keluar.'' ( At-Talaq: 2)

Sekarang terpulanglah kepada kita sendiri, apakah kita ingin Tuhan menunaikan segala hasrat kita walau dalam bentuknya yang berlainan, kerana hanya Tuhan yang mengetahui hikmah dan manfaat yang ada di sebalik setiap permintaan hamba-hamba-Nya.
Baca Lagi!
Sunday, February 1, 2009

TIGA TA



"SeOrAnG TeMaN, BiLa BeRjAuHaN, DiA AkAn MeNaNgIs KeRaNa RiNdU & Bila DeKaT, DiA AkAn MeNaNgIs KeRaNa TaKuT BeRpIsAh, JiKa HaRi iNi Ia DaTaNg, JaNgAn BiAr Ia BeRlAlu PeRgI... JiKa EsOk Ia BeRtAnDaNg JaNgAn HaRap Ia KeMbAlI LaGi, SeSuNgGuHnYa, YaNg InDaH ItU PeRtEmUaN, YaNg MaNiS ItU KeMeSrAaN, YaNg PaHiT ItU PeRpIsAhAn, YaNg TiNgGaL HaNyAlAh KeNaNgAn... HiLaNgNyA SeOrAnG TeMaN, IbArAt HiLaNg SeBeLaH TaNgAn, LuKaNya BoLeH DiUbAt TaPi HiLaNgNya TiAdA GaNtI"

salam persaudaraan, salam perjuangan, salam ukhwah....
apa kahabar sahabat-sahabat.... harap sihat wal afiat hendaknya. (mcm nak tulis srat plak...hehe). Walau ape-ape pun moga hidup ini tetap dapat diteruskan berlinekan keredhaanNya.

em... dah lama rasanya tidak mengupdate blog ni. nak kata sibuk, tak de la sibuk pun. entahlah mungkin......... (banyak kebarangkalinnya)

Dalam menerajui kehidupan ini, tidak dapat tidak setiap anak adam akan berdepan dengan pelbagai godaan dan mehnah serta cabaran. Justeru ini amatlah penting bagi kita mengetahui apakah godaan-godaan tersebut sebelum dapat menghindarinya.

Inilah godaan di dunia ni. Tak kira siapapun pasti tidak akan selamat dari 3 godaan di dunia ni... melainkan mereka yang betul-betul beriman dengan Allah SWT.

Ta yang pertama : WANITA


Nabi Yusuf sendiri digoda oleh seorang wanita iaitu Zulaikha... Alhamdulilah Nabi Yusof selamat dari godaan tersebut... hingga beliau berkata melalui mafhum firman ALLAH : Sesungguhnya penjara lebih baik untukku... dan dia memilih penjara. Itulah hakikat keimanan seorang nabi... Tak kira siapapun kita pasti akan terkena dengan godaan wanita ini... lebih-lebih lagi mereka yang bergelar pemimpim atau ahli perniagaan.. . kadang-kadang ia seperti permainan dalam dunia mereka... Betapa ramai pembesar-pembesar dunia tersungkur kerana wanita... tak perlu disebutkan... skandal-skandal tersebut tentu sahabat tahu sendirikan ???

Kalaulah kitalah agaknya dalam keadaan seperti itu... Apa tidakan kita???
Sungguh!!! hanya kekuatan iman boleh menghadapai godaan seperti ini...

Ta yang kedua : TAHTA

Tahta adalah kuasa!!! Tahta adalah segalanya... kadang-kadang manusia sanggup untuk berbunuhan hanya kerana kuasa... hanya kerana tahta... hanya untuk mendapatkan pengaruh... Lihat di sekeliling kita... pandang kiri pandang kanan jelas samua nya di depan mata... untuk mendapatkan Tahta manusia sanggup berbuat apa saja... Hatta nabi kita Baginda SAW sendiri ditawarkan kuasa oleh Kaum Kafir Quraisy saandainya Nabi SAW sanggup untuk meninggalkan agama suci ini... sanggup untuk menghentikan usaha dakwah baginda... juga sekiranya sanggup bersekongkol dengan kaum Kafir Quraisy... begitulah betapa hebatnya ujian yang di lalui oleh bginda Rasul... Batapa besarnya godaan tahta...

Ta yang ketiga : HARTA

Siapa tak mahu hartakan ??? Pastinya kalau diberikan segunung emas manusia tidak akan puas... manusia mahu dua gunung emas... Itulah kita manusia tidak pernah merasa puas... tidak pernah cukup... berapapun gaji kita... pasti tidak akan cukup... Pelik!!! Kadangkala mereka yang beduit gajinya berpuluh ribu tapi masih melakukan rasuah... gajinya mencecah ratus ribu masih pecah amanah... Argh itulah penagnan harta... Hanya hati yang tunduk kepada Allah dan bersifat Qanaah sahaja yang mampu mengawal perasaan ketamakan dan haloba harta dunia...

Betapapun kita di dunia ini... Beringatlah sesungguhnya apa-apa yang kita terima, apa-apa yang dianugerahkan oleh Allah hanyalah pimjaman belaka... Sedarlah dan insaflah ia pasti di tarik balik pada bila-bila masa sahaja oleh Yang Maha Kuasa... dan sedarlah pada setiap harta yang ada pada kita adanya hak orang lain... hak mereka yang lebih memerlukan.. . hak mereka yang teraniaya... hak mereka yang lemah dan tertindas dan yang penting Hak Allah. Tunaikan...

Berdoalah moga kita semua akan selamat dari godaan ketiga-tiga Ta ini.
Amin Yarabbul Alamin.
Baca Lagi!