Saturday, July 25, 2009

Syurga cinta

Bukan pasal filem syurga cinta yang ingin diperkatakan, tapi....

Rasulullah SAW bersabda,
“Allah mempunyai 100 rahmat kasih sayang dan menurunkan satu rahmat daripada 100 itu kepada jin,manusia, binatang dan haiwan melata. Dengan rahmat itu,mereka saling berkasih sayang, dan binatang buas menyayangi anak-anaknya. Dan Allah menangguhkan 99 rahmat sebagai kasih sayang-NYA pada hari kiamat (RIWAYAT MUSLIM)

Demikianlah besarnya kasih sayang ALLAH, Syukur yang tidak terhingga dipanjatkan hanya pada-NYA. Tiada seorang pun yang layak untuk memasuki syurga ALLAH. Walaupun seorang wali yang sentiasa beribadah kepadaNYA. Melainkan seseorang itu dapat memasukinya dengan RAHMAT kasih sayang ALLAH SWT.

Sungguh besar kasih sayang Allah, adakah kita semua layak untuk menerima kasih yang begitu besar ini jika masih lagi menjadi hamba yang lupakan tuannya??? Syaban menjengah lagi, tak lama lagi ramadhan, lepas tu raya.. suasana kat kampus dah sibuk pasal membeli tiket raya, tambah2 lagi orang pantai timur, masing2 berebut takut kehabisan tiket.. (huhu, ternasuk diri sendiri gak).

Namun bukan mengenai tiket yang ingin dibincangkan disini. Kekadang, banyak insiden yang berlaku dalam kehidupan kita yang boleh membawa kepada keinsafan diri - kematian orang yang disayangi, selamat dari kemalangan yang mengerikan, malapetaka yang menimpa dan seumpamanya. Namun kesedaran itu hanya bertahan beberapa ketika sahaja dan kemudiannya pudar kembali.

Mengapa agaknya. Pada pandangan saya yang dha'if, kesedaran itu akan lebih mantap jika ianya disokong oleh ilmu yang mendalam. Ilmu yang mendalam akan menjadi benteng yang kuat dari bisikan syaitan yang sentiasa melalaikan. Ilmu yang mendalam akan mencernakan iman yang mantap kepada Allah swt.

Ilmu pula dapat diperolehi dengan jalan pembacaan dan mengambil seseorang sebagai mentor atau contoh dan guru. Seperkara lagi berkawanlah dengan orang-orang yang baik - Insya Allah tempiasnya akan menghinggapi kita. Moga yang baik terus menerus dalam menggapai cinta Ilahi tambah2 lagi bakal menjelangnya bulan yang mulia ini..

"Allah adalah Kasih Sayang. Alangkah agung erti sebuah kemurahan hati sebenarnya. Seandainya kita semua membuka hati lalu menampakkan Kasih Sayang Ilahiah dan sifat-sifat-Nya yang penuh cinta, maka keindahan, kekayaan, dan kelembutan cintaNya akan tumbuh di dalam hati kita semua. Rahmat-Nya, keindahan-Nya, dan cahaya-Nya juga akan menyala di dalam hati kita. Buahnya tidak akan berhenti tumbuh, dan berbagai khazanah akan muncul di sana. Keindahan Tuhan dan harta yang terus menerus bermunculan, akan terlihat gemerlapan di hatimu. Kebersamaan dan pemahaman bahwa semua kehidupan adalah juga kehidupan kita sendiri, akan tumbuh di hati kalian yang terbuka. Ingat-ingatlah hal ini..
Baca Lagi!
Friday, July 10, 2009

Karnival Wanita.. Coming Soon

Logo Karnival Wanita

Asslamualaikum dan salam sejahtera diucapkan khususnya mahasiswa dan mahasiswi UTM. Insyaalah HEWI PMIUTM akan mengadakan satu program yang julung2 kalinya diadakan. Semua dijemput hadir untuk memeriahkan program.

Butiran program
Tarikh : 7-9/Ogos/2009
Tempat : Tapak KO-Q

pelbagai aktiviti menarik menanti mahasiswi terutamanya. jgn ketinggalan untuk menyertai aktiviti yang disediakan.. hebahkan kepada kawan2 ye...

Datang jangan tak datang...

untuk maklumat lanjut, tunggu poster2 yang akan dinaikkan tak lama lagi di fakulti2 dan kediaman anda...

TOGETHER WITH PMI
Baca Lagi!
Monday, July 6, 2009

Tegurlah


Kehidupan di kampus...memang menyeronokkan tapi kadang kala agak membosankan.betul tak? ..... Namun masih ade masalah yang perlu ditangani bersama. Study...study gak tapi masalah sekeliling perlu kita amik perhatian. saya tak nak spesifikasikan masalah yang hendak difokuskan disini, masing2 bleh nilai disekeliling masing2.

kebanyakan pelajar baru excited meniti alam perubahan pembelajaran. namun ingatlah adik2 ku jgn sampai terleka dengan keindahan sehingga terjerumus ke lembah yang tak sepantutnya... sekadar peringatan buat diri ini gak sebenarnya..

Andai kita punya kekuatan...tegurlah kawan2 kita tu....klu tak pakai mulut...pakai kertas, ye tak kawan2. Sekadar mengingatkan....sbb maybe kawan kita tu terleka seketika.

Tapi kena ingat...bila kita nak tegur....betulkan niat dulu...kemudian tegurlah secara baik .....
kira bayangkan klu kita berada kat tempat org tu. Dan lepas tegur tu...doalah banyak2..
Ya ALLAH...kekalkan hidayahmu dalam hatiku dan berilah hidayah dan kekuatan buat temanku ini...

Jangan sesekali kita rase kita lebih baik daripada orang lain......itu akan menjadikan kita rase riak dan rase macam bagus....boleh jadi suatu hari orang itu...bila dpt hidayah dan kesedaran...dia lebih baik 1000 kali dari diri kita sendiri.....

Eh...aku bukan bdk PMI...apehal lak aku nak tegur.... Ingat!Tanggungjawab amar maaruf nahi mungkar bukan tanggungjawab bdk PMI je tapi..kita bersama.Tak kisahlah...anda ahli PMI ke...tak.....tegurlahtemanmu sedaya yang termampu....kerana ALLAH.

buat sehabis baik...
Baca Lagi!