Saturday, July 25, 2009

Syurga cinta

Bukan pasal filem syurga cinta yang ingin diperkatakan, tapi....

Rasulullah SAW bersabda,
“Allah mempunyai 100 rahmat kasih sayang dan menurunkan satu rahmat daripada 100 itu kepada jin,manusia, binatang dan haiwan melata. Dengan rahmat itu,mereka saling berkasih sayang, dan binatang buas menyayangi anak-anaknya. Dan Allah menangguhkan 99 rahmat sebagai kasih sayang-NYA pada hari kiamat (RIWAYAT MUSLIM)

Demikianlah besarnya kasih sayang ALLAH, Syukur yang tidak terhingga dipanjatkan hanya pada-NYA. Tiada seorang pun yang layak untuk memasuki syurga ALLAH. Walaupun seorang wali yang sentiasa beribadah kepadaNYA. Melainkan seseorang itu dapat memasukinya dengan RAHMAT kasih sayang ALLAH SWT.

Sungguh besar kasih sayang Allah, adakah kita semua layak untuk menerima kasih yang begitu besar ini jika masih lagi menjadi hamba yang lupakan tuannya??? Syaban menjengah lagi, tak lama lagi ramadhan, lepas tu raya.. suasana kat kampus dah sibuk pasal membeli tiket raya, tambah2 lagi orang pantai timur, masing2 berebut takut kehabisan tiket.. (huhu, ternasuk diri sendiri gak).

Namun bukan mengenai tiket yang ingin dibincangkan disini. Kekadang, banyak insiden yang berlaku dalam kehidupan kita yang boleh membawa kepada keinsafan diri - kematian orang yang disayangi, selamat dari kemalangan yang mengerikan, malapetaka yang menimpa dan seumpamanya. Namun kesedaran itu hanya bertahan beberapa ketika sahaja dan kemudiannya pudar kembali.

Mengapa agaknya. Pada pandangan saya yang dha'if, kesedaran itu akan lebih mantap jika ianya disokong oleh ilmu yang mendalam. Ilmu yang mendalam akan menjadi benteng yang kuat dari bisikan syaitan yang sentiasa melalaikan. Ilmu yang mendalam akan mencernakan iman yang mantap kepada Allah swt.

Ilmu pula dapat diperolehi dengan jalan pembacaan dan mengambil seseorang sebagai mentor atau contoh dan guru. Seperkara lagi berkawanlah dengan orang-orang yang baik - Insya Allah tempiasnya akan menghinggapi kita. Moga yang baik terus menerus dalam menggapai cinta Ilahi tambah2 lagi bakal menjelangnya bulan yang mulia ini..

"Allah adalah Kasih Sayang. Alangkah agung erti sebuah kemurahan hati sebenarnya. Seandainya kita semua membuka hati lalu menampakkan Kasih Sayang Ilahiah dan sifat-sifat-Nya yang penuh cinta, maka keindahan, kekayaan, dan kelembutan cintaNya akan tumbuh di dalam hati kita semua. Rahmat-Nya, keindahan-Nya, dan cahaya-Nya juga akan menyala di dalam hati kita. Buahnya tidak akan berhenti tumbuh, dan berbagai khazanah akan muncul di sana. Keindahan Tuhan dan harta yang terus menerus bermunculan, akan terlihat gemerlapan di hatimu. Kebersamaan dan pemahaman bahwa semua kehidupan adalah juga kehidupan kita sendiri, akan tumbuh di hati kalian yang terbuka. Ingat-ingatlah hal ini..

0 comments: