Showing posts with label Akrab dengan Tuhan. Show all posts
Showing posts with label Akrab dengan Tuhan. Show all posts
Saturday, February 20, 2010

MUDAHNYA UNTUK DAPAT GANJARAN ALLAH


Dalam kehidupan seharian, kita sentiasa mempunyai pilihan samada untuk berbuat kebaikan atau keburukan.

Seseorang yang melakukan solat, puasa, zakat, menggembirakan ibubapanya, menuntut ilmu, menyebarkan seruan ALLAH dan RasulNya, menyampaikan hajat saudaranya, membuang halangan di jalanan dan lain-lain amalan mulia, sudah pasti itu semua termasuk dalam perkara-perkara yang terpuji dan diganjari ALLAH subhanahu wata’ala dengan ganjaran pahala.

Sebaliknya, seseorang yang tidak solat, menderhakai ibubapanya, tidak amanah, menyakiti hati jiran dan rakan, mengumpat, menfitnah dan bermacam lagi perbuatan tidak bermoral lain, sudah tentu akan mengundang kemurkaan ALLAH dan berdosa.

Pilihan di tangan kita. Sangat beruntung orang yang memilih untuk membuat kebaikan. Bukan sahaja akan disukai oleh makhluq, malah mendapat ganjaran yang berganda-ganda dari Tuhan yang Maha Pemurah.

Dari Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda:

“ Jika hambaKu hendak melakukan suatu kejahatan, maka janganlah kalian menulisnya hingga dia melakukannya. Jika dia melakukan kejahatan itu, maka tulislah dengan kejahatan yang sama. Jika dia meninggalkan kejahatan tersebut kerana-KU, maka tulislah untuknya satu
kebaikan. Dan jika dia hendak melakukan kebaikan, lalu dia tidak melakukannya, maka tulislah untuknya satu kebaikan. Jika dia melakukan kebaikan itu, maka tulislah untuknya dengan sepuluh kali ganda sampai tujuh ratus kali.”* (HR Muttafaq ‘Alaih)

SubhanALLAH, Maha Suci ALLAH, mudahnya untuk kita mendapat pahala. Dengan hanya memasang niat untuk membuat perkara baik pun, sudah diberi pahala. Apatah lagi jika niat yang baik itu direalisasikan. Berganda-ganda lagilah pahala. Susahkah?

Maha Pemurahnya ALLAH. Sayangnya DIA kepada kita. Kasihnya DIA kepada kita. DIA tidak lokek untuk mengurniakan pelbagai ganjaran kepada hambaNYA. Asalkan kita memilih untuk membuat kebaikan.

Tetapi sebaliknya, apabila kita berniat untuk melakukan perkara kejahatan, dosa hanya akan diberi jika kita melakukannya. Itulah yang telah disabdakan Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam.

Bagi orang yang sihat imannya, hadith di atas sudah cukup memberikan harapan yang besar kepadanya untuk sentiasa membuat kebaikan. Ia cukup untuk memotivasikan diri agar sentiasa memikirkan dan mengusahakan kebaikan dalam setiap masa kehidupannya.

Ayuh muslimin dan muslimat sekalian, berlumba-lumbalah kita dalam mengejar pahala dan ganjaran yang bakal tersedia di akhirat nanti.

Memang ALLAH subhanahu wata’ala nak beri kepada kita bermacam nikmat keseronokan di syurga nanti. Tetapi, terlebih dahulu kita hendaklah sentiasa berlumba-lumba membuat kebaikan.

Hari-hari yang kita tempuhi, tersedia di hadapan peluang dan ruang untuk kita melakukan perkara kebaikan. Jangan kita katakan perbuatan baik yang kita lakukan sia-sia. ALLAH nampak. ALLAH tahu. ALLAH dengar. Dan pastinya setiap kebaikan yang kita lakukan akan diganjari ALLAH subhanahu wata’ala dengan pahala yang berganda-ganda.

Jangan kita remehkan setiap perbuatan baik yang hendak kita lakukan. Walau hanya dengan memberikan senyuman pun, ia dikira sebagai suatu kebaikan.

Semoga tulisan yang ringkas ini bisa memberikan kita semua sedikit peringatan bahawa ALLAH Maha Pemurah dengan nikmat, rezeki dan pahala untuk dikurniakan kepada hamba-hambaNYA. Mudahnya untuk mendapat pahala…

WAllahu Ta’ala A’lam.
Baca Lagi!
Friday, August 14, 2009

Bercinta dengan Tuhan

Salam Mahabbah buat semua. Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan selamat menyambut Ramadhan yang akan menjelma tak lama lagi. Emmmmm...., baru je rasanya bulan syaban, dah nak masuk ramadhan. begitu pantas masa berlalu, kadang2 sampai kita ditinggalkan oleh masa itu sendiri. Bulan Ramadhan merupakan bulan yang berkat, jadi marilah sama2 kita merebut pelung yang Allah sediakan buat kita semua. Jom kita sama2 merebut peluang untuk bercinta dengan Tuhan, tambah2 lagi di bulan yang penuh keberkatan ini.

Sama-samalah juga kita berdoa agar wabak H1N1 yang sedang melanda negara kita ini, Allah menarik balik bala dan dugaan kita yang Dia timbakan mungkin atas kelalaian kita sendiri. "SALAMUN KHAULAN MIR RABBIRAHIM".

Sebenarnya bercinta dengan tuhan itu tidak susah. Bercinta dengan manusia itu yang lebih payah. Dengan Tuhan, cintanya tidak ada syarat. sekiranya seorang hamba itu hendak bercinta dengan Tuhannya, bercintalah. Dia tidak akan berkata
"Kau hendak bercinta dengan aku, kena banyak duit."
"Ada kereta, baru aku timbang2kan."
"Boleh kau kuruskan badan dulu?"
dan macam2 lagi lah......

Sebaliknya Tuhan berkata, "Selangkah kau datang padaku, seribu langkah aku datang pada kamu." Tuhan sayangkan kita. Jika kita balas balik sayangnya, tentu Dia gembira dan menghargai kita.

Apabila Tuhan menyintai kita, Dia melindungi kita dari sebarang kejahatan. Dia menutup mata kita daripada melohat maksiat, menutup telinga kita dari mendengar maksiat dan menguncikan mulut kita daripada berkata perkara maksiat. Dia menutup hati kita daripada berhajat ke tempat-tempat maksiat yang tidak mendatangkan apa-apa faedah, malah keburukan kepada kita.

Tuhan menyuruh kita meletakkan cinta yang mudah dan membawa keuntungan ini di tempat yang teratas. Bukan tidak boleh menyintai yang lain, tetapi sebelum itu perlu cintakan Tuhan dahulu. Apabila kita ingat dia semasa kita cintakan manusia, kita dapat mengawal perjalanan cinta itu supaya sentiasa terpandu dalam kebaikan. Pasti tuhan meredai dan merestui cinta kita pada yang lain.

Semoga kita sama-sama dapat mencari cintaNya, cinta yang tidak bersyarat tetapi masih berbalas.

Amin.


Baca Lagi!
Friday, February 27, 2009

Tuhan Yang Satu


Bismillahirrahmanirrahim

Siapa itu Tuhan,
Tapi tak nampak pun Dia?..
Dimana Tuhan?

Persoalan-persoalan yang mungkin menjadi tanda tanya bagi kebanyakan dikalangan manusia.. namun hakikatnya Tuhan tetap satu, tiada yang lain melainkan Yang Maha Esa.

Kenapa tuhan itu satu?
Kenapa Tuhan orang lain ada dua, tiga, dan lebih daripada itu?
Bukankah Tuhan yang banyak itu lebih bagus daripada yang satu?

Analoginya sultan hanya seorang, pemimpin persatuan juga seorang, hatta ketua untuk group discussion juga seorang. Cuba kita bayangkan jika terdapat dua orang ketua dalam satu kumpulan, tidak dapat tidak mesti terdapat perbezaan dan perbalahan antara dua ketua.

Itu baru ketua kumpulan. Bagaimana pula bagi alam semesta yang luas ini ditadbir oleh dua kuasa? Pasti segala-galanya hancur kerana masing ingin menunjukkan yang dia terhebat.

Dalam islam, Tuhan itu agung. Dia yang satu-satunya mentadbir alam. Dia tidak mempunyai lawan. Bahkan iblis dan syaitan itu juga hambanya. Bukan seterunya, bahkan hambanya yang hina.

“orang-orang musyrik itu menjadikan jin itu sekutu baginya, padahal Tuhanlah yang menciptakan jin-jin itu” (Al-An’am :100).

Mungkin pernah kecik-kecik dahulu, kita pernah terdengar orang-orang tua kita mengatakan bila hendak melalui sesuatu kawasan kenalah meminta izin terlebih dahulu daripada penunggu pokok atau tempat tersebut. Lebih-lebih lagi bila hendak memasuki kawasan hutan atau sesuatu tempat yang jarang dikunjungi. “tok, cucu tumpang lalu, jangan makan cucu”. Mungkin antara dialog yang pernah didengar. Namun sedarlah harapan kita hanyalah pada tuhan semata-mata.

Kita lupa sebenarnya Tuhan itu pemilik mutlak, manakala hantu, syaitan, iblis, jin atau apa sahaja entity adalah hambanya.

“Dengan mengigati allah, hati akan menjadi tenang” (al-Ra’d : 28)

Tuhan itu sumber segalanya. Hanya adanya tempat kita meminta dan memohon pertolongan, bukan pada yang lain. Tiada kuasa ataupun Tuhan lain selain-Nya
Tuhan mencabar mana-mana kuasa lain yang dianggap sebagai tuhan itu bagi mencipta seekor lalat. Cuma seekor lalat. Sekiranya Berjaya, itu bermakna kredibiliti Tuhan itu sama denganNya. Tetai, tidak ada mana-mana kusa lain pun yang dapat menciptakan makhluk hidup walaupun seekor lalat. (Surah al-Hajj : 73)

Tuhan itu satu walau apapun agama manusia, mereka tetap bertuhankan Allah. Allah itu pemilik semua yang ada dilangit dan di bumi. Tidak ada tuhan yang layak disemabah melainkan dengan Allah.

Maka akrablah dengan tuhan, insyaallah hidup aman dan tenang walaupun ekonomi merosot atau apapun bala bencana yang menimpa…
Baca Lagi!