Thursday, September 25, 2008

Ramadhan makin senja

Sedar atau tak kita semua sudah menghampiri penghujung ramadhan. Dalam riuh rendah menyiapkan persiapan raya, tak kiralah dari yang kecik hingga yang besar, masing-masing sudah merasakan bahang hari lebaran. Namun Ramadhan yang hampir berlalu sudahkah kita gunakan sebaik mungkin untuk menggapai redha Ilahi? Persoalan buat diri ini dan juga buat teman-teman.

10 malam terakhir merupakan hadiah dari Ilahi bagi hambanya untuk menghindari dari azab api neraka. tidakkah hebat tawaran ini? tidakkah mahu kita berjual beli dengan Allah dalam hal ini?

Firman Allah dalam surah As-saf yang lebih kurang maksudnya
"Wahai orang-orang yang beriman, mahukah kamu Aku tunjukkan perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab api neraka. Berimanlah kepada Allah dan Rasulnya, dan berjihad pada jalan Allah dengan harta kamu dan jiwa kamu, dan itulah sebaik-baik jika kamu mengetahui"

marilah sama-sama kita rebut peluang yang diberikan oleh Ilahi ini. Jadikan Ramadhan kali ini sebagai salah satu jalan menempah syurga Ilahi. Pemergian Ramadhan harus ditangisi kerana belum tentu ramadhan seterusnya milik kita semua.

dalam kesibukan meniti hari-hari yang berlalu dalam kehidupan seharian, sibukkanlah juga diri kita untuk menjadi hamba Ilahi yang beriman yang menunaikan tanggungjawab sebagai hamba dengan sempurna.

Dikesempatan beberapa hari yang masih berbaki ini, ayuhlah sama-sama kita gunakan untuk topup amalan kita, dan yang paling penting adalah istiqamah selepas madrasah ramadhan ini.

setelah kamu berada dalam INIVERSITI OF RAMADHAN maka bersyukurlah kerana mungkin itu adalah pendaftaran yang terakhir bagi kamu. Oleh itu tunjangkanlah resahmu di dada SOLAT, himpunkan peritmu di genggaman DOA, tutupilah kekecewaanmu dengan KETAQWAAN dan nilaikan kesucian hatimu dengan keIKHLASAN hati, jangan biarkan dirimu lalai di Universiti ini. Rebutlah peluang 10 malam terakhir sebelum kamu grad. moga ijazah keredhaanNya menjadi milik mu.

"Annadamu Taubah"(penyesalan itu adalah taubat)
Baca Lagi!
Tuesday, September 23, 2008

Mengapa WANITA sangat Istimewa......

Mama dan Papa sedang menonton TV, seraya mama berkata. "..i letih la..dah lewat ni, i nak tido lah...."

Mama pun pegi dapur nak tutup tingkap dapur, nanti masuk pulak lipas...leceh pulak nanti..dah tu, ade pulak rice cooker dalam sink..rendam lepas makan tadi.. basuh jap... susun pinggan kat rak, lap dapur.. terpercik kena sambal masa masak tadi...check air panas dalam flusk.. takut habis pulak nanti malam anak nak susu...memang dah kering pun flusk ni, jerang la air... sementara tunggu air masak, nampak pulak bekas gula dah kosong....salin la gula...check bubur untuk anak nak hantar ke taska esok..nasib baik ade lagi...ishh. ..ni lauk bila ni, semalam...dah beku dah...basuh la kejap....pegi yard, masukkan baju kotor dalam mesin basuh...penat dah ni, besok je la basuh...sidai kaian lap je lah... tik...bunyi air dah masak...salin air dalam flusk...ok settle...

baru teringat tak semayang lagi...on da way nak g bilik, papa tgk tv lagi...nampak pulak beg anak untuk hantar ke taska...check. ..baju 2 pasang, towel...towel kecik utk selsama...calamine lotion untuk sapu ruam...pampers 4 keping....alamak. .telupa pulak masukkan botol...basuh botol jap...ok settle...

ternampak pulak beg g keje...emm.. besok nak pakai beg polo coklat lah, asik2 pakai beg hitam ni je...salin jap barang2 g beg coklat...cek sume 6 poket beg, takut la tetinggal apa2..leceh pulak..selalunya barang yang tertinggal tu la yang nak pakai nanti...hishhh sempit la beg ni...hangin je...nak kena beli ni beg baru...rasenya 25 hb ni Sogo sale nih...mana flyers tadi ek...ha ni die..ok, catit jap kat yellow sticker, nanti lupa..ok settle...

Tetiba dengar suara papa..."..u buat apa lagi tu..tadi kata nak tido.."...."..yelah nak tido la ni..nak smayang jap..."

masuk toilet..buat apa2 yang patut...cuci muka dulu..2 jenis lak tu...adoi..gosok gigi...smayang. ..pakai toner...pakai treatment cream...nak lawa and maintain punya pasal lah ni...

nanti orang kata baru anak satu dah macam anak 4 pulak...huhuhuhu. ..

bukak almari...emmm. ..pakai baju hijau ni lah besok...gosok kejap..check baju papa, baju papa pun kena gosok jugak ni...kat bilik belakang... la, napa komputer ni tak tutup ni..gelas kopi pun ade lagi, dah bersemut dah..ishhh ...g dapur, basuh, sambung gosok baju...gantung elok2...kemaskan baju gantung2...masukkan seluar papa yang dah kotor dalam tempat kotor...ok settle..

dgr suara papa lagi..."..i dah ngantuk ni.."..dalam pada nak masuk ke bilik...owh. ..pokok aku dah nak mati ni ha..lupa dah 3 hari tak siram...ok, siram jap...check jap pintu ni...sah tak kunci lagi...grill pun tak tutup..ni kalau tak check ni, senang2 je mat indon masuk rompak umah aku...bukak lampu luar..

ni mainan ni sepah2...masukkan la dalam bakul mainan budak ni...banyak nya...sampai bawah meja makan pun ade...adoi.. ..ok dah ...

ok dah boleh baring...adoi sakitnya pinggang...cium si comel ni kejap...selimutkan die...la..napa basah ni...emm, tukar la pempers ni...tak bagus la brand ni, nanti nak tukar lain la...nanti g Sogo 25 hb ni beli la skali...ok sayang tido k...kalau boleh jangan la bangun tgh malam ni eh..tido sampai pagi k...gud nite..sweet dreams...

aaahh...sedapnya dapat baring...mana pulak lotion sapu kurus aku nih...ha, ni dia...sambil sapu lotion kurus,,,setkan alarm...setkan program kerja besok...pg kul 9.30 ade meeting.. ahh...boring. ..panas pulak lotion nih..dah la...emm..sedapnya lelapkan mata...Ya Allah...terima kasih untuk rezekiMU hari ini,...mohon keberkatan dari mu tuhan...papa pun bangun tutup tv..."...i dah ngantuk sangat ni...nak tido lah...citer pun tak best malam ni, bola pun takde..."...selang seminit ...dengar suara papa berkeruh...dah agak dah....

So?....apa yang peliknya..??

Anda tahu kenapa wanita hidup lebih lama?...SEBAB ADE BANYAK KERJA NAK KENA BUAT....tu yang tak boleh nak mati cepat tu...

Hantarkan ke 5 WANITA yang anda rasa hebat...pasti anda disayangi kerana memahami mereka...well, women understand women better... foward jugak kat lelaki-lelaki so mereka akan hargai emak, isteri, dan kawan 2 dengan lebih baik lagi...

Tak kira la wanita berkerjaya atau surirumah... setiap wanita adalah istemewa dengan cara mereka sendiri...

Kalau lelaki mengakui kebenaran ini....hormat dah hargailah mereka...untuk keperibadian dan kebolehan mereka untuk berdikari..

Oleh OrgPuang
Baca Lagi!

Bila wanita menjaga aurat

Semoga bermanfaat buat kita semua. Sedarlah wahai hamba Allah.Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan muhram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya. Harga diri wanita terlalu mahal. Ini kerana syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke kaki.

Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian, ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci. Begitu juga diumpamakan dengan wanita, Kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum. Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian dengan garisan syarak. Wanita tidak sepatutnya mengorbankan maruah dan dirinya semata-mata untuk mengejar pangkat, darjat, nama, harta dan kemewahan dunia.


Menyentuh berkenaan pakaian wanita, alhamdulillah sekarang telah ramai wanita yang menjaga auratnya, sekurang-kurangnya dengan memakai tudung. Dapat kita saksikan di sana sini wanita mula memakai tudung. Pemakaian tudung penutup aurat sudah melanda dari peringkat bawahan hingga kepada peringkat atasan. Samada dari golongan pelajar-pelajar sekolah hinggalah kepada pekerja-pekerja pejabat-pejabat.

Walaupun pelbagai gaya tudung diperaga dan dipakai, namun pemakaiannya masih tidak lengkap dan sempurna. Masih lagi menampakkan batang leher, dada dan sebagainya. Ada yang memakai tudung, tetapi pada masa yang sama memakai kain belah bawah atau berseluar ketat dan sebagainya. Pelbagai warna dan pelbagai fesyen tudung turut direka untuk wanita-wanita Islam kini.

Ada rekaan tudung yang dipakai dengan songkok di dalamnya, dihias pula dengan kerongsang (broach) yang menarik. Labuci warna-warni dijahit pula di atasnya. Dan berbagai-bagai gaya lagi yang dipaparkan dalam majalah dan suratkhabar fesyen untuk tudung. Rekaan itu kesemuanya bukan bertujuan untuk mengelakkan fitnah, sebaliknya menambahkan fitnah ke atas wanita.
Walhal sepatutnya pakaian bagi seorang wanita mukmin itu adalah bukan sahaja menutup auratnya, malah sekaligus menutup maruahnya sebagai seorang wanita. Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan wanita, dan tidak berhias-hias yang mana akan menjadikan daya tarikan kepada lelaki bukan muhramnya. Sekaligus pakaian boleh melindungi wanita dari menjadi bahan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab.

Bilamana wanita bertudung tetapi masih berhias-hias, maka terjadilah pakaian wanita Islam sekarang walaupun bertudung, tetapi semakin membesarkan riak dan bangga dalam diri. Sombong makin bertambah. Jalan mendabik dada. Terasa tudung kitalah yang paling cantik, up-to-date, sofistikated, bergaya, ada kelas dan sebagainya. Bertudung, tapi masih ingin bergaya.

Kesimpulannya, tudung yang kita pakai tidak membuahkan rasa kehambaan. Kita tidak merasakan diri ini hina, banyak berdosa dengan Tuhan mahupun dengan manusia. Kita tidak terasa bahawa menegakkan syariat dengan bertudung ini hanya satu amalan yang kecil yang mampu kita laksanakan. Kenapa hati mesti berbunga dan berbangga bila boleh memakai tudung?

Ada orang bertudung tetapi lalai atau tidak bersembahyang. Ada orang yang bertudung tapi masih lagi berkepit dan keluar dengan teman lelaki . Ada orang bertudung yang masih terlibat dengan pergaulan bebas. Ada orang bertudung yang masih menyentuh tangan-tangan lelaki yang bukan muhramnya. Dan bermacam-macam lagi maksiat yang dibuat oleh orang-orang bertudung termasuk kes-kes besar seperti zina, khalwat dan sebagainya.

Jadi, nilai tudung sudah dicemari oleh orang-orang yang sebegini. Orang Islam lain yang ingin ikut jejak orang-orang bertudung pun tersekat melihat sikap orang-orang yang mencemari hukum Islam. Mereka rasakan bertudung atau menutup aurat sama sahaja dengan tidak bertudung. Lebih baik tidak bertudung. Mereka rasa lebih bebas lagi.
Orang-orang bukan Islam pula tawar hati untuk masuk Islam kerana sikap umat Islam yang tidak menjaga kemuliaan hukum-hakam Islam. Walaupun bertudung, perangai mereka sama sahaja dengan orang-orang bukan Islam. mereka tidak nampak perbezaan agama Islam dengan agama mereka.

Lihatlah betapa besarnya peranan tudung untuk dakwah orang lain. Selama ini kita tidak sedar diri kitalah agen bagi Islam. Kita sebenarnya pendakwah Islam. Dakwah kita bukan seperti pendakwah lain tapi hanya melalui pakaian.

Kalau kita menutup aurat, tetapi tidak terus memperbaiki diri zahir dan batin dari masa ke semasa, kitalah punca gagalnya mesej Islam untuk disampaikan. Jangan lihat orang lain. Islam itu bermula dari diri kita sendiri.

Ini tidak bermakna kalau akhlak belum boleh jadi baik tidak boleh pakai tudung. Aurat, wajib ditutup tapi dalam masa yang sama, perbaikilah kesilapan diri dari masa ke semasa. Tudung di luar tudung di dalam (hati). Buang perangai suka mengumpat, berdengki, berbangga, ego, riak dan lain-lain penyakit hati.

Walau apapun, kewajipan bertudung tidak terlepas dari tanggungjawab setiap wanita Muslim. Samada baik atau tidak akhlak mereka, itu adalah antara mereka dengan Allah. Amat tidak wajar jika kita mengatakan si polanah itu walaupun bertudung, namun tetap berbuat kemungkaran. Berbuat kemungkaran adalah satu dosa, manakala tidak menutup aurat dengan menutup aurat adalah satu dosa lain.

Kalau sudah mula menutup aurat, elak-elaklah diri dari suka bertengkar. Hiasi diri dengan sifat tolak ansur. Sentiasa bermanis muka. Elakkan pergaulan bebas lelaki perempuan. Jangan lagi berjalan ke hulu ke hilir dengan teman lelaki. Serahkan pada Allah tentang jodoh. Memang Allah sudah tetapkan jodoh masing-masing. Yakinlah pada ketentuan qada' dan qadar dari Allah.

Apabila sudah menutup aurat, cuba kita tingkatkan amalan lain. Cuba jangan tinggal sembahyang lagi terutama dalam waktu bekerja. Cuba didik diri menjadi orang yang lemah-lembut. Buang sifat kasar dan sifat suka bercakap dengan suara meninggi. Buang sikap suka mengumpat, suka mengeji dan mengata hal orang lain. jaga tertib sebagai seorang wanita. Jaga diri dan maruah sebagai wanita Islam. Barulah nampak Islam itu indah dan cantik kerana indah dan cantiknya akhlak yang menghiasi peribadi wanita muslimah.

Barulah orang terpikat untuk mengamalkan Islam. Dengan ini, orang bukan Islam akan mula hormat dan mengakui "Islam is really beautiful." Semuanya bila individu Islam itu sudah cantik peribadinya. Oleh itu wahai wanita-wanita Islam sekalian, anda mesti mengorak langkah sekarang sebagai agen pengembang agama melalui pakaian.

Selamat beramal..(buat diri sendiri dan juga sahabat-sahabat sekalian)-permaisuri lebah
Baca Lagi!
Saya sangat tertarik dengan pembaharuan yang telah dilaksanakan oleh Acheh sejurus setelah berjaya menjadi wilayah yang sepenuhnya mengamalkan pentadbiran Islam dalam urusan urus tadbirnya. Terbaru, Acheh meletakkan syarat bacaan Al-Quran mesti baik sebelum seseorang itu dicalonkan sebagai bakal pentadbir wilayah tersebut.Acheh sudahpun membuktikan, meyakini bahawa Islam sudah mula memulakan langkah ke arah kebangkitan yang reality bukan lagi omongan anak-anak kecil semata.

Khabar dari Al-Aqsa pula memberitakan terkini, tiang yang menampung gerbang masjid suci tersebut mulai retak dek kerana korekan terowong bawah tanah oleh puak yahudi laknatullah yang menggelar diri mereka “Israel”. Hati umat mana yang tidak terguris pabila mendengar khabar, tempat sujudnya para anbiya’ terdahulu berimamkan kekasih Allah, Rasulullah tercinta, pada peristiwa besar dalam sirah Islam, Isra’ Mikraj dicabul sebegitu rupa.

Di Tebing Gaza, tidak kurang hebatnya. Aktiviti jual beli makanan sesama rakyat Palestin sempena Ramadhan tidak berjalan semeriah dahulu berikutan sekatan yang semakin kejam dilancarkan puak Israel ke atas mereka. Lmabakan makanan bertan-tan terdapat di sana sini namun tiada siapa yang punya wang untuk membeli. Ramadhan yang sepatutnya menjadi bulan rezeki kegembiraan, menjadi medan getir bagi mereka.

Jihad umat Islam antarabangsa sempena Ramadhan tidak pernah berehat. Pejuang di Somalia hanya melihat syahid di depan mata sahaja di mana mereka terpaksa berhempas pulas menentang kerakusan tentera Ethiopia.

“Jika kami mati ketika berpuasa kerana Allah, kami akan ke syurga,oleh itu tidak ada sebab mengapa kami harus mengurangkan serangan. Serangan pada bulan Ramadhan bukan sesuatu yang salah di sisi Islam kerana kami berperang dengan musuh Allah!” kata salah seorang pejuang Somalia dengan penuh semangat.

Iraq juga masih tidak punya harapan untuk menyambut Ramadahan dengan penuh keamanan tahun ini. Serangan bom dan pembunuhan masih tidak putus bersahutan. Tidak dapat dibayangkan betapa tangisan anak kecil yang kehilangan ibu dan ayah teresak sana sini, teriakan si ibu meratapi pemergian yang tak diduga sang anak dan esakan hiba seorang isteri memendam rindu kepada kematian si suami berlagu hiba. Inilah Ramadhan bagi mereka.

Permainan kotor musuh-musuh Islam semakin memuncak dan memualkan sekali. Demi untuk mengelakkan seruan jihad umat Islam sedunia kembali berkumandang, maka satu persatu singa –singa Islam abad ini dicantas. Siapa boleh lupa betapa gerunnya pihak barat terhadap Syeikh Ahmad Yassin sehinggakan insan mulia yang tidak berdaya, lumpuh hampir seluruh badan itu diserang bertubi-tubi menggunakan roket dan bom untuk dihapuskan. Gerunnya mereka pada pejuang-pejuang agama Allah yang benar. As-Syahid Hassan Al-Banna dan As-Syahid Sayyid Qutb juga tidak terkecuali. Malah ramai lagi para pejuang yang dikorbankan pihak musuh demi memastikan cita –cita cahaya ajaran nabi tidak bangkit kembali dari muka bumi ini!

Terbaru, Menteri Kabinet Israel, Rafi Eitan merancang untuk menculik Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad untuk dibicarakan di mahkamah Dunia di The Hague sepertimana yang telah mereka lakukan terhadap pemimpin Nazi, Adolf Eichmann satu tika dahulu.Peristiwa-peristiwa yang berlaku di dunia yang menatijahkan kesan besar terhadap umat Islam bergerak dengan begitu pantas sekali. Malaysia juga tidak terkecuali.

Bermula Dari Malaysia

Dalam kehangatan kita berbicara mengenai perubahan kuasa yang bakal berlaku 16 September ini, jangan kita terleka untuk membicarakan bagaimana masa depan Islamisasi di Malaysia itu sendiri. Sudahkah majoriti rakyat Malaysia yang bukan beragama Islam sudah memahami sepenuhnya agama utama yang tercatat dalam Perlembagaan Malaysia ini? Adakah umat Islam itu sendiri majoritinya sudah memahami bahawa kalimah syahadah Lailaha illallah wa Muhammadur Rasulullah itu bukan sekadar lafaz tahiyat semata?

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi , Malaysia dikatakan sangat dihormati pelbagai negara Islam di luar sana kerana ia merupakan negara Islam contoh. Malah Timbalan Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin pernah mengelurkan kenyataan bahawa kita perlu berbangga kerana Malaysia merupakan pusat Halal-Hub terbesar di dunia.

Ya itu satu hal. Dari segi pembangunan kita memang terkehadapan berbanding negara Islam lain kerana kita tidak ada perang di sini. Kita mampu menjadi negara Halal-Hub terbesar juga kerana kita tidak sekatan makanan sepertimana yang berlaku di negara-negara saudara kita. Namun, bolehkah kita berbangga pabila peratus kes murtad semakin bertambah? Dalam utusan khas sempena kemerdekaan baru-baru ini, Mufti Perak Daruk Harussani Zakaria sekali lagi menegaskan berhubung isu ini yang dilihat semakin parah kepada Sultan Perak. Bolehkah kita berbangga pabila melihat ramai anak muda kita sudah hilang semangat kenegarawannya apatah lagi bersifat negarawan Muslim? Lihat aja siapa yang lebih ramai dalam majlis ilmu baik akademik mahupun agama.Golongan yang berumur berapa yang kelihatan begitu dahagakan ilmu? Masihkah kita boleh berbangga kita pengeluar rangkaian halal terbesar di dunia namun anak-anak muda kita masih bekerja di tempat yang masih tidak sah halal haramnya? Bagaimana yang bekerja di 7 Eleven mahupun pasar raya-pasar raya besar seperti Tesco, Giant, Carrefour dan lain-lain yang menyaksikan mereka terpaksa memegang, menuang malah mendapat gaji hasil dari penjualan minuman kencing syaitan ini? Ini tidak dikira lagi yang terpaksa bekerja di Hotel-hotel dek kerana masalah peluang pekerjaaan yang semakin menghimpit. Siapa yang menjaga kebajikan mereka?

“Kita tidak kira siapa yang memerintah namun yang kita mahu adalah Islam menjadi dasar pemerintahan.” – Tuan Guru Abd Hadi Awang

Ya, bagi pencinta Islam, kita mengimpikan mudah-mudahan perubahan besar yang bakal berlaku dalam negara nanti akan membuahkan masa depan yang lebih baik untuk umat Islam.

Penubuhan Kelab Penyokong oleh PAS adalah sesuatu yang boleh dibanggakan oleh umat Islam. Tidak kira kita parti mana, tapi lihatlah pada usaha mengelombangkan kefahaman Islam secara tidak langsung. Usaha murni dalam memartabatkan agama Allah melalui dakwah halus ini wajar dipuji. Kita tidak boleh menyalak tidak tentu hala sepertimana yang berlaku di demonstrasi aman yang hampir-hampir menjadi rusuhan terhadap kes Forum Bar Council dahulu. Salahkah mereka punya salah faham terhadap Islam apabila umat Islam itu sendiri tidak berperanan sepenuhnya menyebarkan kefahaman mengenainya?

Pemimpin itu silih berganti.

Pemimpin-pemimpin gerakan-gerakan Islam akan pergi satu tika nanti dan memerlukan pengganti. Menteri hari ini akan menjadi rakyat juga nanti. Namun, bagaimanakah corak pemerintahan menteri-menteri masa akan datang?

“Ada 2 golongan kalangan umatku, jika baik keduanya, maka baiklah manusia. Jika buruk keduanya, maka buruklha manusia.Itulah ulama’ dan umara’” – al-Hadith


Di sinilah peranan anak-anak muda yang ditarbiyyah apatah golongan mahasiswa Islam yang diharapkan menjadi para intelektualis yang kembali mengangkat sejarah peradaban keilmuan Islam. Kita tidak menerima bulat-bulat ilmu sekular yang didoktrin oleh Barat untuk faham saja-saja tapi kita akan mengolah dan memanipulasi ilmu yang baik itu selaras untuk membuahkan ilmu atau perlaksanaan yang akan mendatangkan keuntungan kepada Islam sepertimana strategi yang digunapakai oleh rakyat negara Jepun untuk bangkit dalam sector ekonomi dan perniagaan setelah kalah teruk dalam Perang Dunia Kedua satu tika dahulu .

Saya bersama para pimpinan GAMIS menanam tekad bahawa kami mahukan insyaAllah satu hari nanti, setiap corong pentadbiran akan dikuasai para pemimpin yang berjiwa tarbawi dan mahir siasah. Kita yakin bahawa dengan menguasai setiap ceruk dan ruang pentadbiran dengan kefahaman Islam mampu merubah Malaysia ke arah negara Islam yang lebih baik.

Berubahnya Malaysia maka peranan Malaysia dalam perkara diplomatik antarabangsa InsyaAllah akan turut berubah. Peranan kita dalam APEC, OIC , NAM, PBB dan lain-lain tidak lagi menjadi alah malu-malu kucing, tegasan isu mahu tak mahu. Akan tetapi, kita bakal menjadi harimau yang bangkit dari tidur dan ngaumannya bisa mengegarkan dunia barat apatahlagi dalam isu yang berhubung rapat dengan dunia Islam.

Maka dengan itu kita memerlukan ahli-ahli yang mantapnya tarbiyyahnya. Tabiyyah yang melahirkan abna’ul haraki yang bukan zuhud tak tentu hala tapi berani mendokong strategi penuh strategis. Mahasiswa yang ditarbiyyah menjadi pakar dalam bidang yang diceburi. Profesional selaras dengan waqie semasa dan berbudaya keilmuan dalam setiap tindakan. Kita mahu para pendokong Islam menjadi sepertimana para salafusssoleh dan pejuang terdahulu, punya wawasan luas dan matlamat yang tinggi. Tidak lagi berteriak remeh di kampung sendiri hal-hal yang kecil.

Buat para mahasiswa Islam, musuh kita biarlah pada masa depan bukan lagi kepincangan pentadbiran HEP, bukan lagi keangkuhan UMNO menelan kuasa tapi ancaman barat yang menyiat-nyiat hati umat Islam dengan rancangan kotor mahu memadamkan agama Allah ini.

Untuk ke arah semua itu ,hanya satu perkara yang bisa diungkapkan – AYUH REFORMASIKAN GERAKAN TARBIAH KITA.

“Anda semuda kepercayaan anda, setua keraguan anda, semuda keyakinan anda, setua ketakutan anda , semuda harapan anda dan setua kekecewaan anda”.

sumber dari :mawarmunawwarah
Baca Lagi!
Saturday, September 13, 2008

Tazkirah hari ini

Bukankah orang yang sedang mabuk cinta itu tidak pernah melupakan janji untuk bertemu dengan kekasih!! Kerana hari itulah ia boleh bertemu dengan kekasihnya yang ditunggu-tunggu. Cuma bilakah tarikh dan masanya tidak kita ketahui walaupun sudah ditentukan oleh kekasih kita semua.
Rasulullah S.A.W bersabda
“Perbanyakkanlah mengingati-ingat tentang perkara-perkara yang menghapus kelazatan(maut).”

Sabdanya yang lain
“Cukuplah mati itu menjadi penasihat (menginsafkan)”

Sabdanya lagi
“Sepintar-pintar manusia ialah orang yang mengingati mati dan sentiasa bersedia untuk menghadapinya. Mereka itulah orang-orang yang bijaksana. Mereka telah pergi dengan menbawa penghormatan dunia dan kemuliaan akhirat.”

Dari Abdullah bin Mutarrif, katanya: Sesungguhnya maut itu boleh melenyapkan kenikmatan dari orang-orang yang harus menerima nikmat, kerana itu carilah kenikmatan yang tidak berakhir dengan maut.

Ketahuilah bahawa orang-orang yang tenggelam dalam urusan dunia dan terpesona dengan tipu dayanya serta sangat cenderung dengan segala rupa syahwatnya, tidak syak lagi tentulah hatinya akan lalai dari mengigat perkara mati. Bahkan jika ia teringat akan mati nescaya ia akan membencinya dan mencuba seboleh mungkin hendak melarikan diri daripada mati. Mereka yang bersikap seperti ini adalah orang-orang yang disifatkan oleh Allah s.w.t dalam firmanNya: (Surah Al-Jumu’ah:8)

“Katakanlah bahawasanya maut yang kamu sekalian ingin lari darinya itu pasti akan menemui kamu, kemudian kamu sekalian akan dikembalikan kepada Zat yang Maha Mengetahui segala yang ghaib serta yang nyata, kelak dia akan memberitahu kamu segala yang apa telah kamu lakukan”

Manusia itu terbahagi kepada tiga kategori

1. Orang yang tenggelam dalam urusan keduniaan.
- Iaitu ia tiada mengingati tentang maut sama sekali. Kalaupun ia mengingati tentang maut justeru kerana merasa sedih yang dirinya akan meninggalkan segala harta kekayaannya kelak, ketika itu hatinya akan menyumpah-nyumpah kedatangan maut semacam ini tentulah tiada berguna, malah dirinya akan menjadi lebih jauh dari Allah Taala terus menerus.

2. Orang yang bertaubat atau mula bertaubat.
- Iaitu orang yang sering memperbanyakkan ingatan kepada maut yang akan mendatanginya, sehingga timbul dalam hatinya perasaan cemas dan takut serta bimbang akan mati. Oleh yang demikian ia akan menyempurnakan taubatnya dengan sesempurna-sempurna mungkin.

3. Orang yang mengenal diri sendiri yang selalu merasakan hayatnya akan berakhir.
- Maka pastilah ia akan sentiasa mengingati maut itu pada bila-bila masa sahaja.
Baca Lagi!
Thursday, September 11, 2008

Kisah Sahabat:Keberanian Umar cetus Kebangkitan umat islam


SAIDINA Umar tidak pernah mendapat pendidikan sekolah, apa lagi merantau ke pelosok negeri untuk menuntut ilmu atau hidup di kalangan ahli pemikir. Tetapi dia berjaya memberi contoh kepada kaumnya dalam mengurus pemerintahan dan kekuasaan yang penuh dengan keadilan, kebijaksanaan, keutamaan dan berlandaskan fiqh (hukum) Islam.

SAIDINA Umar tidak pernah mendapat pendidikan sekolah, apa lagi merantau ke pelosok negeri untuk menuntut ilmu atau hidup di kalangan ahli pemikir. Tetapi dia berjaya memberi contoh kepada kaumnya dalam mengurus pemerintahan dan kekuasaan yang penuh dengan keadilan, kebijaksanaan, keutamaan dan berlandaskan fiqh (hukum) Islam.

Sebelum memeluk Islam, Umar dikenali di kalangan kaumnya sebagai utusan yang mampu berdiskusi, berdialog dan menyelesaikan pelbagai urusan. Dia juga pedagang yang mahir dan tekun dalam perdagangannya.

Umar dikenali sebagai orang yang mempunyai peribadi kasar, kukuh dalam memegang prinsip dan berkedudukan tinggi. Oleh kerana itulah dia digelar Al-Faruq Umar Ibnul Khattab.

Selepas memeluk Islam, Umat pernah bertanya kepada Rasulullah SAW: ?Ya, Rasulullah, mengapa kita bersembunyi dalam menyiarkan agama kita, pada hal kita berada di atas kebenaran dan mereka (kaum kafir) kebatilan??

Rasulullah SAW menjawab: ?Jumlah kita sedikit dan kamu dapat melihat sendiri apa yang selalu kita alami.?

Umar berkata lagi: ?Demi yang mengutus engkau dengan hak, akan berjanji bahawa tiap-tiap tempat yang pernah aku sebarkan kekafiran, akan aku datangi untuk menyebarkan keimanan.?

Pada suatu hari Rasulullah SAW bersama kaumnya menuju Kaabah dengan dua barisan. Barisan pertama dipimpin oleh Hamzah dan kedua dipimpin oleh Umar. Ketika melihat barisan yang dipimpin oleh Hamzah dan Umar, kaum kafir tampak muram dan kecut hatinya. Maka, sejak itul Rasulullah SAW memberi gelaran ?Al-faruq? bererti ?pembeza di antara hak dengan batil? kepada Umar.

Ketika kaum Muslimin hijrah ke Madinah, mereka seluruhnya meninggalkan kota Makkah secara sembunyi-sembunyi kecuali Umar. Hanya Umar yang hijrah secara terang-terangan.

Dia sengaja pergi pada siang hari dan melalui gerombolan Quraisy. Ketika melalui mereka, Umar berkata: ?Aku akan meninggalkan Makkah dan berhijrah ke Madinah. Barang siapa yang ingin menjadikan ibunya kehilangan puteranya atau ingin anaknya menjadi yatim, silakan menghadang aku di belakang lembah ini!?

Mendengar perkataan Umar yang gagah itu, tidak seorang pun yang berani mengekori apa lagi mencegah Umar.

Itulah kekuatan yang dimiliki Umar sejak awal keimanannya hingga dalam mengharungi seluruh kehidupannya.

Pada zaman seperti ini, alangkah perlunya kita memiliki orang seperti Umar. Kuat jiwa raganya dan kukuh keperibadiannya. Kerana Allah senang kepada orang yang berjiwa kuat dan benci kepada orang berjiwa lemah.

Apa yang dapat membangkitkan kejayaan Islam adalah apa dan bagaimana yang pernah dikerjakan kaum Muslimin terdahulu.

Ketokohan Umar turut terserlah ketika peristiwa Siti Aisyah difitnah. Rasulullah SAW bermusyawarah dengan beberapa tokoh sahabat untuk meminta pandangan mereka.

Ketika Baginda berbicara dengan Umar, dia berkata ?Ya, Rasulullah, siapakah yang mengahwinkan Rasulullah dengan Aisyah?? Nabi SAW menjawab: "Allah".

Umar bertanya lagi: "Apakah Allah menipu anda"?

"Maha suci, Engkau, ya, Allah, sesungguhnya ini berita bohong yang besar," ucap Rasulullah SAW.

Selepas Baginda mengucapkan itu, turunlah firman Allah bermaksud: "Dan mengapa kamu tidak berkata, waktu mendengar berita bohong itu: ?Sekali-kali tidaklah patut bagi kita memperkatakan ini. Maka Suci Engkau (Ya Rabb kami), ini adalah dusta yang besar."(Surah an-Nuur, ayat 16).

INTI PATI
Saidina Umar

Tidak berpelajaran, tetapi rajin mendalami ilmu agama
Berani menghadapi dugaan kaum kafir Quraisy
Sabahat setia Nabi Muhammad ketika awal kebangkitan Islam
Umar dikenali sebagai orang yang mempunyai peribadi kasar, kukuh dalam memegang prinsip dan berkedudukan tinggi.
Oleh kerana itulah dia digelar Al-Faruq Umar Ibnul Khattab.
Baca Lagi!

Walaupun sudah lama berlalu majlis ini, namun ia tetap didalam kenangan. Bagaimana seronoknya dapat bersama sahabat-sahabat dan juga family masing-masing. Walaupun majlis yang simple, tetap meninggalkan nostalgia yang istimewa. Tengah tunggu pengarah program bagi gambar konvo nie...


Antara gambar-gambar





Baca Lagi!

Hari ini 12 Ramadhan


Alhamdulillah dapat juga blog ini muncul kembali selepas beberapa kekangan-kekangan yang disengajakan. Ada hikmahnya juga semua yang berlaku. Semua yang terjadi membuatkan saya merenung kembali sejenak, apa yang sebenarnya hendak digarapkan didalam blog. Adakah suka-suka atau untuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang hamba. Atau mungkin juga sekadar ikut-ikutan, namun tiada tujuan yang hakiki. (Biarkan hati, fikiran dan iman masing-masing tentukan.)

Apa yang bermain dalam fikiran, yang sebelum ini serabut akhirnya terurai satu persatu. Alhamdullillah Allah tahu apa yang terbaik untuk semua makhluknya. Namun bukan ini yang saya ingin perkatakan.

Hari ini 12 ramadhan, sudah menghampiri pertengahan ramadhan. Entahlah keseluruhan keberkatan bulan ramadhan sudah digunakan sabaik mungkin atau tak. Ataupun sekarang sudah seronok menunggu anak bulan syawal, masing-masing boleh tentukan dan muhasabah kembali. Namun sepatutnya yang ditunggu oleh seorang hamba bukanlah anak bulan syawal, tetapi anak bulan ramadhan. Dan sesungguhnya anak bulan ramadhan sudah memang kelihatan. Gunakanlah ia sebaik mungkin.

Ini kerana ia merupakan bulan yang dinantikan oleh seluruh umat islam, memandangkan ia bulan yang mulia dan memberikan tertalu banyak manfaat, faedah, fadhilat dan masa depan yang cerah bagi sesiapa yang menghayatinya. Moga-moga ibadah kita semua diterima olehNya.

“Ya Allah, di bulanMu yang penuh mulia ini, kami memohon semoga kami mendapat rahmatmu yang mencurah-curah, juga dapat menggapai keampunan dariMu ya Allah dan Engkau lepaskanlah kami semua dari azab neraka Ya Allah”. Amin..

Bertafakur sejenak lebih baik dari solat 1000 rakaat. Wallahuallam
Baca Lagi!

Allah Know Best

Itulah ungkapan yang terbaik dalam mentafsirkan kehidupan kita yang sebenarnya. Ya, mungkin kadang-kadang kita akan mempertikaikan sesuatu yang bukan menjadi kehendak kita, namun “ALLAH KNOWS BEST”. Kita merancang, allah juga merancang, dan sebaik-baik perancangan adalah dari pencipta yang haq. Ana ingin memetik kata-kata yang dihantar oleh sahabat ana melalui henset, ‘God will answer PRAYERS in three ways… He says YES & GIVES you what u WANT. He says NO & GIVES you something BETTER. He says WAIT & GIVES you the best in his own time. Listen to your heart and believe … “ALLAH KNOWS BEST”.

Apa jua yang terjadi atau belaku menyimpan seribu satu hikmah yang tidak dapat dijangkakan oleh akal fikiran kita. Namun, seharusnya kita memanjatkan syukur kehadrat ilahi walau apa pun yang terjadi kerana “ALLAH KNOWS BEST”. Kadang-kadang kita akan rasa kesakitan, kegembiraan, kesedihan, kepiluan, keluh kesah dan macam-macam lagi perasaan yang allah anugerahkan, sekali lagi “ALLAH KNOWS BEST”.

DIA yang menganugerahkan kepada kita semua agar kita dapat merasai betapa nikmatnya kehidupan yang fana ini. Itupun jika digunakan pada jalan yang sepatutnya, jika tidak ia hanyalah seumpana mebinasakan diri sendiri di lembah kebinasaan.

Boleh jadi kamu tidak menyukai sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui.(Al-Baqarah:216)

Kita meminta untuk kuat, dan Allah berikan kesusahan, untuk membuat kita lebih tabah.
Kita meminta untuk bijak, dan Allah berikan masalah untuk diselesaikan.
Kita meminta untuk kaya, dan Allah berikan otak dan anggota untuk kerja.
Kita meminta untuk berani, dan Allah berikan bahaya yang mendatang.
Kita meminta untuk kasih sayang, dan Allah berikan peluang untuk menolong sesama insan.

Apa jua yang kita minta “ALLAH KNOWS BEST”.
Baca Lagi!