Wednesday, October 22, 2008

Maruah dan Keras Hati


Dalam bab Karektor dan Keistimewaan Aisyah, Sulaiman An-Nadawi dalam karyanya bertajuk Aisyah: Keanggunan Sebenar menceritakan salah satu perwatakan Aisyah yang menarik perhatianku, ‘Maruah serta Keras Hati’. Begini penulis menceritakan sebagai membuktikan sikap ini terbentuk dalam diri wanita unggul itu:

Walaupun Aisyah adalah wanita yang rendah hati, namun dalam hal tertentu beliau agak keras hati. Beliau tidak suka hidup di bawah telunjuk orang lain. Kadang-kadang sifat keras hatinya ditunjukkan dengan sikap merajuk kepada suaminya.

Seperti dalam peristiwa fitnah haditsul ifki, Aisyah berkeras enggan pergi kepada suaminya walaupun wahyu berkenaan kesucian dirinya sudah diturunkan. Ucapan pertama yang keluar daripada pesuruh Allah adalah, “Bergembiralah, wahai Aisyah! Allah sudah membebaskanmu daripada segala tuduhan”.


Ayat 11 surah an-Nuur yang menegaskan kesuciannya adalah seperti berikut, “Sesungguhnya orang yang membawa berita yang dusta itu adalah segolongan daripada kalangan kamu; Janganlah kamu menyangka (berita yang dusta) itu buruk bagi kamu, bahkan ia baik bagi kamu. Tiap-tiap seorang antara mereka akan mendapat hukuman sepadan dengan kesalahan yang dilakukannya, dan orang yang mengambil bahagian besar dalam menyiarkannya antara mereka, akan beroleh seksa yang besar (di dunia dan di akhirat)”.

Selepas ayat itu diwahyukan, ibu Aisyah menyuruhnya pergi kepada Nabi Muhammad.

Aisyah enggan lalu menjawab, “Demi Allah, saya tidak akan mendatangi beliau. Hanya Allah yang saya puji kerana Dialah yang menurunkan wahyu dan membebaskan diriku daripada segala tuduhan”.

Bukhari, Muslim, Nasa’i dan Ibnu Hibban mengisahkan, “Aisyah akan bersumpah dengan ‘Demi Tuhan Muhammad’, tetapi lain halnya semasa merajuk. Semasa merajuk, beliau biasanya bersumpah dengan kata, ‘Demi Tuhan Ibrahim’ ”.

Walau bagaimanapun, sikap keras hati dan ucapannya semasa merajuk itu adalah dalam konteks hidup berumah tangga.

Anak saudaranya, Abdullah bin Zubair adalah orang yang dikasihinya. Abdullahlah orang yang memenuhi segala keperluan Aisyah. Aisyah memang pemurah, suka bersedekah sehingga habis apa sahaja yang dimilikinya. Oleh itu, Abdullah pernah berkata, “Sepatutnya tangan-tangan Aisyah itu diikat”.

Aisyah terdengar kata-kata Zubair itu lalu berkata, “Apa? Tangan saya perlu diikat? Saya bernazar tidak akan bercakap dengan Abdullah bin Zubair lagi”. Nazar ialah janji menunaikan sesuatu apabila hasrat tercapai.

Bukhari mencatatkan, “Nazar Aisyah itu merisaukan Abdullah bin Zubair. Abdullah pun meminta pertolongan daripada beberapa orang suku Quraisy. Beberapa org bapa saudara Nabi Muhammad pun turut diajak. Aisyah akhirnya mengalah lalu membatalkan nazarnya. Sebagai tebusan kepada nazarnya, beliau memerdekakan 40 orang budak suruhan”.

Secara umumnya, orang yang keras hatinya sukar berlaku adil. Sifat keras hati serta mampu berlaku adil adalah dua perkara yang berlawanan. Hanya mereka yang sudah mencapai akhlak yang sempurna sahaja mampu menyatupadukan dua sifat yang bertentangan ini. Tetapi, Aisyah sudah diasuh oleh pendidik terunggul iaitu Nabi Muhammad. Tidak hairanlah sekiranya beliau mampu menyatupadukan dua sifat yang bertentangan ini. Walaupun keras hatinya, namun beliau sentiasa dapat berlaku adil.

Abdurrahman bin Syamasah pernah datang berjumpa Aisyah bagi bertanya berkenaan satu masalah. Aisyah bertanya, “Kamu dari mana?”

“Saya dari Mesir”, jawab Abdurrahman.

“Bagaimana sikap pemerintah kamu dalam perang yang baru sahaja terjadi ini?” tanya Aisyah.

“Kami menyukainya. Jika unta salah seorang daripada kami mati, beliau menggantikannya dengan unta lain. Jika budak suruhan kami meninggal dunia, beliau juga akan menggantikannya dengan budak lain. Jika kami memerlukan nafkah, beliau akan memberikan kami nafkah”.

“Walaupun pemerintah kamu itu tidak adil ke atas saudara saya, Muhammad bin Abu Bakar, namun saya tetap mahu menyampaikan kata-kata Nabi Muhammad. Kata-kata ini dinyatakannya di dalam rumah ini juga, ‘Ya Allah, sesiapa yang berkuasa atas umatku ini lalu dia menyusahkan mereka, maka susahkanlah dia. Dan sesiapa yang berkuasa atas umatku lalu ia menyayangi mereka, maka sayangilah ia’ ”. Hadis ini direkodkan oleh Muslim.

Seusai membaca bab ini, aku cuba merenung dalam diri. Keras hati… Sungguh kuakui sikap itu telah sebati dalam diri. Terkadang aku sendiri berasa cuak, kenapa mesti terlalu keras. Dan memang ada ketikanya aku tidak mampu bersikap adil lantaran belitan sikap keras hatiku. Paling teruk sekali apabila aku tidak mampu bersikap adil kepada diriku sendiri. Itu telah cukup membuktikan betapa akhlakku belum cukup sempurna, sesempurna akhlak wanita unggul yang cuba kucontohi itu. Aisyah…, seindah namamu begitu jua akhlakmu… Moga aku mampu mencontohimu sebagai seorang hamba yang tercipta selaku wanita..
Baca Lagi!
Tuesday, October 21, 2008

CINTA AGUNG

Aku tahu engkau tuhanku adalah Cinta Agung
Aku pun mahu mencintai-MU
Aku tahu mencintai-MU amat perlu
Dari-MU ku kecap segala kabahagiaan
Ya Allah, Aku berusaha ke arah itu
Tapi cintaku pada-MU Tuhan selalu terganggu
Banyak yang datang mengganggu
Nafsuku dan syaitan terkutuk
Dunia yang mempesona menggamit selalu
Di waktu itu ku lupa kepada-MU


Cintaku jauh sekali
Sekali sekala datang juga
Walaupun sedikit terasa indahnya
Kemudian ku lupa lagi

Adakalanya lupaku pada-MU berpanjangan sekali
Kemudian sekali sekala sedar kembali tentang Cinta Agung
Engkau patut dicintai
Selepas itu ku lupa lagi
Begitu cintaku pada-MU Tuhan
Dengan kelalaian silih berganti

Oh.. Tuhan
Dengan hati yang sedih ini
Tolonglah aku dengan rahmat-MU
Bantulah aku mencintai-MU
Agar cinta yang palsu sembuh sendiri
itulah harapanku padaMu Tuhan..
Baca Lagi!
Friday, October 17, 2008

Entah ape2 Entah V2

nak sambung sikit lagi. tapi tak tau la nak mula dari mana sebab tak berapa ingat dah.... :-) . dipendekkan cerita, tibalah hari kejadian, tujuan utama berkunjung kesana. tapi sebelum tu, teringat peristiwa semalam, dalam kul 1 pagi gak la menaiki kuda menuju ke rumah kejadian masak-memasak, alhamdulillah selamat sampai.. lepas tu adalah tuan rumah keluarkan keropok, lama tak makan. syukran. dekat kul 2 pagi gak la baru berhenti makan. hehe. tu sebab sebab semua dah mengantuk.

Di pagi sabtu, agak lama dibuai mimpi (maklumlah kepenatan-huhu). tiba2 terima col dari sorang sahabat suruh pegi ambik dia n adik2 lain sekali. nasib baik la ada kereta, bleh angkut xalau tak jenuh la naik kuda.huhu. mula2 ingatkan ada 4 or 5 orang je adik2 yang nak naik keta. nasib baik 3 orang dah naik lrt, so jumlah kesemua 8 orang. di tengah jalan menuju kesana, di stesen lrt ternampak la adik2 ni tengah tunggu teksi. kesian la plak. so sumbat la lapan2 kat dalan kete, 9 sekali ngan driver.. xalau jumpa pak suadara tepi jalan habis lah.. kesian kereta 2. naik bonggol sikit rapat sampai bawah.hehe..

selepas hantar adik2 tu ke rumah th, pulang balik ke rumah kejadian masak-memasak... sampai sana boleh dikatakan semua tak siap lagi, tengah memasak la katakan. 7 orang yang berada di rumah sewa, 5 naik kereta. 2 lagi naik kuda. disebabkan chef utama kepenatan, kami yang menaiki kuda pegi la lewat sikit. sampai2je hampeh semua dah siap majlis 2, tunggu nak makan je... tapi tak pe la lagi seronok.. rindu betul kat adik2 ni.. lama dah tak jumpa. semua dah makin comel2 dah.. maklumlah lepas raya(pulun ape saja). tapi sedihnya tak semua sahabat2 yang dapat datang. tapi alahamdulillah boleh dikatakan berjaya juga majlis tersebut. tahniah kepada penganjur. tahun depan buat lagi tapi pindah tempat la buat kat hotel ker...huhu.

selapas solat zohor, pergi la beraya umah kak chik.. seterusnya ingat nak follow pergi umah senior kat n9, tapi takut tak sempat sebab malam tu dah nak naik bus. jadi pulanglah ke rumah balik ditemani seorang sahabat. tiket bas kul 9 malam. kira2 kul 8.30 bertolak ke pudu naik kuda hitam... tapi tak tau la plak shabat ni tak tau sangat jalan kat sana.. dengar2 cite sesat mencari jalan pulang berjam2.huhu..kesian... tapi tak pe la ujian..hehe

turun tunggu bas di terminal, kul 9.10 belum muncul bas ni, gelisah gak. maklumlah sorang2. akhirnya bas sampai, tapi naik gak darah putih, tengok2 semua lelaki (bahaya betul naik bus malam), dijangkakan sampai ke skudai lebih kurang kul 1 pagi... nasib baik ada exroomate tersayang yang sudi datang ambik ngan awan terbang..huhu.. xalau tak menangis sorang2 den kat stesen bus tu pagi2 buta.

nak dijadikan cerita, time sampai stesen nak berhenti tu, bus plak tak berhenti, laju plak bawak tu. terlepas la sikit sampai skudai prade. dah ler semak samun kat tepi tu.. seram gak,, dah la pakai tudung labuh duk situ sorang2 pagi2 buta.. tiba2 kereta peronda polis datang, tanya macam2... (bagus gak polis johor ni) tapi tak lama lepas tu kawan n awan terbang pun sampai dalam kul 2 pagi gak.. alhamdulillah la semua selamat.. entah ape2 entah cite nie,,, saje jer nak asah skill menaip. jangan marah.. moral of the story is xalau bleh pergi mana2 tu berteman expecially girlz..
Baca Lagi!

tertarik mendengar ikim semalam mengenai dalam segmen kupasan buku. walaupun ada buku kat depan yang perlu di hadam, em, tapi tak hadam-hadam juga. panelnya adalah ustaz zaharudin, membincangkan soal soal halal dan haram dalam urusan ekonomi lebih kurang (tak tau la tajuk yang betul buku tu, sebab tak dengar dari awal). jadi hari ini jari jemari ini menjengah ke web site ustaz zaharudin untuk mengetahui lebih lanjut tentang soal ekonomi ni. tapi terjumpa artikel ini. moga bermanfaat khususnya buat wanita. <------->

Terdapat beberapa pertanyaan tentang doa yang khusus bagi kaum wanita samada dewasa dan kanak-kanak untuk mengelakkan mereka dari terperangkap dalam situasi yang boleh membawa kepada rogol, pencabulan dan lebih dahsyat lagi deraan seks yang diakhiri dengan pembunuhan.

Maka di sini, selain doa dari hadis sohih pelindung setiap kali keluar rumah yang telah saya paparkan di artikel berkenaan Al-Marhumah Nurin Jazlin sebelum ini. Iaitu :-

رَسُولَ اللَّهِ يقول من قال بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُصْبِحَ وَمَنْ قَالَهَا حين يُصْبِحُ ثَلَاثُ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُمْسِيَ

DALAM sebutan rumi : BISMILLAH ALLAZI LA YADURRU MA'ASMIHI SYAIUN FIL ARDI WA LA FIS SAMAIE , WAHUWAS SAMI'UL 'ALIM

Ertinya : Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa : "Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui" sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya" ( Riwayat Abu Daud, 4/323 ; At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi : Hasan - Teks doa berwarna Merah Syeikh Syuaib ; Hasan)

Ingin saya utarakan satu lagi doa sohih yang dibaca oleh isteri Nabi Ibrahim a.s (iaitu Siti Sarah) yang menyebabkan para lelaki zalim termasuk rajanya melarikan diri, saya sertakan sekali sumber rujukannya dari hadis Nabi s.a.w.

اللّهُمَّ اِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ اني آمَنْتُ بِكَ وَبِرَسُولِكَ وَأَحْصَنْتُ فرجي إِلاَّ على زوجي فَلاَ تُسَلِّطْ عَلَىَّ الْكَافِرَ

DALAM SEBUTAN RUMI : ALLAHUMMA IN KUNTA TA'LAMU INNI AAMANTU BIKA, WA BIRASULIKA WA AHSONTU FARJI ILLA 'ALA ZAWJI FALA TUSALLIT 'ALAYYA AL-KAFIR WA AZ-ZALIM

Ertinya : Ya Allah, jika engkau mengetahui bahawa aku beriman kepada Mu dan Rasul Mu, dan aku menjaga kehormatanku hanya untuk suamiku, maka lindungilah aku daripada dikuasai oleh orang-orang kafir dan zalim" ( Riwayat Al-Bukhari, no 2104, 2/722 ; Sunan Al-Baihaqi, 5/97; Musnad ahmad, 2/403 ; Fath Al-Bari, 6/393; Umdat Al-Qari, 12/30 ; Sohih )

Semoga ia dapat dihafaz dan di amalkan oleh semua wanita Muslimah, Cuma jangan lupa bahawa doa ini bersoifat tawassul dengan amal soleh anda, iaitu apabila diikat dengan imannya dengan Allah s.w.t dan RasulNya dan telah dijaga kehormatannya dan sudah tentu auratnya.

Justeru, seolah-olah kemaqbulan doa ini juga diikat tentang kewajiban untuk beriman dengan Allah dan rasulNya dan menutup aurat anda. Tanpanya, doa ini masih amat digalakkan untuk dilakukan, cuma jaminan seolah-olah lebih pasti bagi yang apa yang dikatanya (dalam doa ini) menepati apa yang sebenarnya penampilan fizikal anda.

Justeru, jika berbaju kebaya terbelah, baju sendat menampakkan susuk tubuh, berpakaian nipis seolah telanjang, bersolek canggih seperti artis bukan Islam..sudah tentu doa ini sahaja belum cukup mampu menjaga anda. Bukan kerana Allah s.w.t tidak mampu, tetapi Allah s.w.t tidak anggap wanita itu layak dek kerana kedegilannya sendiri.

Fikirkanlah.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

12 Ramadhan 1428 H

24 September 2008

Baca Lagi!
Wednesday, October 15, 2008

Isu Kampung Plentong – Menuntut Sebuah Keadilan

Seramai 34 orang wakil Gabungan Bertindak Mahasiswa Selatan (GBMS) yang terdiri daripada GAMIS Johor dan DEMA telah turun ke Kampung Baru Plentong Tengah untuk mengadakan tinjauan di kampung tersebut. Hasil daripada tinjauan kami, kami mendesak pihak kerajaan untuk mengadakan satu resolusi yang terbaik bagi kepentingan semua pihak terutamanya penduduk.

Tindakan menghalau 3000 penduduk bukanlah satu penyelesaian yang terbaik. Ini kerana kebanyakan penduduk adalah peneroka tanah yang telah 24 tahun menetap di situ. Sebahagian daripada penduduk juga telah mengeluarkan wang pendahuluan bagi mendapatkan hak milik tanah ini. Kami memohon agar pihak kerajaan membuat keputusan yang terbaik baik bagi memastikan kebajikan rakyat terjaga.


Sekiranya penduduk dihalau daripada kawasan ini tanpa pembelaan yang sewajarnya, banyak pihak yang akan mendapat kesan negatif. Diantara kesannya adalah

-Tempat kerja akan menjadi jauh bagi penduduk yang telah berkerja.

-Anak-anak yang bersekolah juga terpaksa menanggung kesan jika dihalau kerana sekolah juga akan menjadi jauh.

-Segala usaha yang dilakukan untuk membuat rumah selama ini, menjadi sia-sia sahaja.

-Pelajar yang akan mengambil peperiksaaan PMR dan SPM juga akan terganggu konsentrasi mereka terhadap pelajaran dan peperiksaan.

Sehubungan dengan itu, kami berharap agar pihak kerajaan dapat melanjutkan kes ini selama 2 tahun lagi dan mewujudkan satu biro khas bagi menyesaikan isu ini. Ia adalah bagi memastikan penyelesaian secara baik dapat dibuat dan untuk memastikan tiada keganasan dan kezaliman berlaku.

sumber :http://gamisjohor.blogspot.com/
.
Baca Lagi!
Tuesday, October 14, 2008

Entah Ape2 Entah

Alhamdulillah dapat juga sedikit masa untuk mencoret sesuatu di blog ini. sebelum ini hanya menjengah kerana kekangan-kekangan waktu yang menghimpit. banyak yang perlu diselesaikan terlebih dahulu kerana minggu ini memang minggu stress. dengan test dan asingment yang perlu dihantar macam tak cukup waktu plak rasanya. (padahal main banyak juga). tapi tak pe lah. yang berlalu biar berlalu, yang akan datang yang perlu diatur sebaik mungkin.

terfikir balik perjalanan menuju ke ibu kota jumaat lepas untuk (jamuan raya). menaiki bas selama 4 jam memang memenatkan. tapi taklah sepenat balik kampung (lagi lama) kan senang xalau naik awan terbang.... dalam perjalanan, saya menelefon kawan untuk mengambil di hentian pudu. Alhamdulillah, ada yang sudi menjemput. sampai je disana hujan sudah turun renyai2, waktu sudah hampir maghrib dan perut sudah berbunyi untuk diisi. maklumlah dari pagi tak makan (sempat makan maggi je kat bilik..hehe). tapi makin lama, makin lebat hujan, kesian plak kat sahabat tu, tapi tak pe lah tarbiyah...huhu.

asyik sedang menunggu kawan kat tepi kaki lima tu. tiba-tiba datanglah seorang lelaki jual al-quran. yang kelakarnya, dia kata promosi hari raya, satu juz RM1. lepas tu saya tanya balik, kiranya 30 juz RM30. mulalah dia promosi, katanya dari al-azhar la, susuh nak dapat la kat sini, stok limited la, macam-macam lagi la. manusia sekarang alquran pun boleh dijadikan barang untuk mangaut keuntungan dengan jalan yang menipu. setelah berbagai alasan yang saya bagi barulah dia pergi dari situ.

jam dah dekat kul 7, tapi sahabat ni tak sampai2 lagi. tiba2 muncul sebuah kuda hitam.. rupanya tulah dia yang ditunggu2. lama tak naik kuda kat kl, best gak, ingat nak jadi pembonceng jer, tapi sahabat ana plak sakit kepala sebab kena hujan, so kena la jadi penunggang. saya memang dah lapar sangat dah, so ajaklah sahabat tu pergi makan. lama tak makan kat ss. akhirnya sampai gak tapi sayangnya, masakan tak best sangat...

nanti sambung lain kali la, kawan dah ajak stdy balik. esok ada test. doakan bleh jawab...
Baca Lagi!
Tuesday, October 7, 2008

Cinta Sejati


Seorang hamba sahaya bernama Tsauban amat menyayangi dan merindui Nabi Muhammad saw. Sehari tidak berjumpa Nabi, dia rasakan seperti setahun. Kalau boleh dia hendak bersama Nabi setiap masa. Jika tidak bertemu Rasulullah, dia amat berasa sedih, murung dan seringkali menangis. Rasulullah juga demikian terhadap Tsauban. Baginda mengetahui betapa hebatnya kasihsayang Tsauban terhadap dirinya.

Suatu hari Tsauban berjumpa Rasulullah saw. Katanya "Ya Rasulullah, saya sebenarnya tidak sakit, tapi saya sangat sedih jika berpisah dan tidak bertemu denganmu walaupun sekejap. Jika dapat bertemu, barulah hatiku tenang dan bergembira sekali. Apabila memikirkan akhirat, hati saya bertambah cemas, takut-takut tidak dapat bersama denganmu. Kedudukanmu sudah tentu di syurga yang tinggi, manakala saya belum tentu kemungkinan di syurga paling bawah atau paling membimbangkan tidak dimasukkan ke dalam syurga langsung. Ketika itu saya tentu tidak bersua muka denganmu lagi." Mendengar kata Tsauban, baginda amat terharu. Namun baginda tidak dapat berbuat apa-apa kerana itu urusan Allah. Setelah peristiwa itu, turunlah wahyu kepada Rasulullah saw, bermaksud "Barangsiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka itu nanti akan bersama mereka yang diberi nikmat oleh Allah iaitu para nabi, syuhada, orang-orang soleh dan mereka yang sebaik-baik teman." Mendengarkan jaminan Allah ini, Tsauban menjadi gembira semula.

MORAL & IKTIBAR

1. Cinta kepada Rasulullah adalah cinta sejati yang berlandaskan keimanan yang tulen
2. Mencintai Rasul bermakna mencintai Allah
3. Kita bersama siapa yang kita sayangi. Jika di dunia sayangkan nabi, insyallah kita bersama nabi di akhirat nanti
4. Hati yang dalam kecintaan terhadap seseorang akan merasa rindu yang teramat sangat jika tidak bertemu
5. Pasangan sahabat yang berjumpa dan berpisah kerana Allah semata-mata akan mendapat naungan Arasy di hari akhirat kelak
6. Rasulullah amat mengetahui mana-mana umatnya yang mencintai baginda, meskipun baginda sudah wafat.
7. Rasulullah memberi syafaat kepada sesiapa di antara umatnya yang mengasihi baginda
8. Sebaik-baik sahabat ialah mereka yang berkawan di atas landasan keagamaan dan semata-mata kerana Allah.
Baca Lagi!