Monday, January 26, 2009

Siapa aku di depan Tuhan ku

Untuk renungan bersama...

Subuhnya
di mana aku berada
masih enak dalam kelambu rindu
sambil berpoya-poya dFont sizeengan waktu
masa bagaikan menderu
langkah tiada arah tuju
fikiran terus bercelaru
terlupa aku semakin dihujung waktu
siapa aku di depan Tuhan ku.

Zohornya
aku lebih memikirkan kelaparan
kehausan dan rehatku
aku lebih mementingkan tuntutan jawatanku
aku bertolak ansur dengan waktu
aku gembira membilang keuntungan
aku terlupa betapa besar kerugian
jika aku mengadaikan sebuah ketaatan
siapa aku di depan Tuhan ku.

Asarnya
aku lupa warna masa
cepat berubah bagaikan ditolak-tolak
aku masih dengan secawan kopiku
terlupa panas tidak dihujung kepala
aku masih bercerita
tentang si Tuah yang setia dan si Jebat yang derhaka
siapa aku di depan Tuhan ku

Maghribnya
aku melihat warna malam
tetapi aku masih berligar di sebalik tabirnya
mencari sisa-sisa keseronokan
tidak terasa ruang masa yang singkat
jalan yang bertongkat-tongkat
ruginya bertingkat-tingkat
siapa aku di depan Tuhan ku.



Isyaknya
kerana masanya yang panjang
aku membiarkan penat menghimpit dadaku
aku membiarkan kelesuan mengangguku
aku rela terlena sambil menarik selimut biru
bercumbu-cumbu dengan waktuku
siapa aku di depan Tuhan ku.

kini aku menjadi tertanya-tanya
sampai bila aku akan melambatkan sujudku
apabila azan berkumandang lagi
aku tidak akan membiarkan Masjid menjadi sepi
kerana di hujung hidup ada mati
bagaimana jenazah akan dibawa sembahyang di sini
jika ruangku dibiarkan kosong
jika wajahku menjadi asing
pada mentari dan juga bintang-bintang.

SIAPA AKU DI DEPAN TUHANKU .


Baca Lagi!
Thursday, January 22, 2009

Satu Penerbangan

Ukhwah Bertaut
Senyuman Mengurai
Ikhlas Nawaitu
Jalinan Persahabatan



SATU PENERBANGAN...

Bila kita akan berangkat dari alam ini (Dunia) ianya ibarat penerbangan ke sebuah negara lain iaitu – Kubur dan Akhirat. Di mana maklumat tentangnya tidak terdapat dalam sebarang brosur penerbangan, tetapi melalui Al-Quran dan Al-Hadith.

-Di mana penerbangan bukannya melalui Air Asia atau AirJordan, tetapi Al-Jenazah.

-Di mana bekalan kita bukan lagi beg seberat 23 kg, tetapi amalan yang tiada caj lebihan berat, atau tiada caj lebihan berat ianya atas kesudian Pencipta kita.

-Di mana bajunya bukan Pierre Cardin, Dunhill atau setaraf dengannya tetapi kain putih kotton.

-Di mana pewanginya bukan Channel atau Paco Rebone, tetapi air mawar dan cendana.

-Di mana pasport kita bukan Malaysia, British atau American, tetapi Al-Islam.

-Di mana visa kita bukan lagi sekadar 6 bulan, tetapi 'Lailaillah'.

-Di mana pelayannya bukan pramugari jelita, tetapi Izrail dan lain-lain.

-Di mana layananya dalamnya bukan lagi kelas business atau ekonomi, tetapi sekadar kain yang diwangikan.

-Di mana destinasi mendarat bukannya KLIA, Heathrow Airport atau Jeddah International, tetapi tanah perkuburan.

-Di mana ruang menunggunya bukan lagi bilik air-cond dan permaidani, tetapi bilik 6 kaki dalam gelap gelita.

-Di mana pegawai imegresen bukanlah pihak Kastam, tetapi adalah Munkar dan Nakir. Mereka hanya memeriksa samada kita layak ke destinasi yang diidamkan bukan Disneyland, Paris atau London tetapi samada Syurga atau Neraka.

-Di mana tidak perlu pegawai kastam dan alat pengesan

-Di mana lapangan terbang transit adalah Al-Barzakh.

-Di mana destinasi terakhir samada Syurga yang mengalir sungai di bawahnya atau Neraka Jahannam.

-Penerbangan ini tidak dinyatakan nilainya.. Ianya percuma, jadi simpanan (savings) anda tidak akan dihabiskan

-Penerbangan ini tidak akan dirampas, oleh itu tidak perlu bimbang. Sebarang sajian tidak akan disediakan, oleh itu tak perlu risaukan masalah alergi atau halal-haram makanan

-Jangan risaukan delays, penerbangan ini sentiasa tepat waktunya, ia berangkat dan tiba tepat pada masanya.

-Jangan fikirkan tentang hiburan dalam penerbangan, anda telah hilang selera bersuka-ria.

-Jangan bimbang tentang tempahan, ianya telah siap ditempah sejak anda disenyawakan di dalam rahim ibu anda lagi.

Ya! Berita Baik!!

Jangan bimbangkan siapa yang duduk di sebelah anda. Anda adalah satu-satunya penumpang penerbangan ini Oleh itu bergembiralah selagi boleh! Dan sekiranya anda boleh!

Hanya ingat!! Penerbangan ini datang tanpa 'amaran' Cuma perlu ingat! Nama anda telah ditempah untuk penerbangan

ADAKAH KITA TELAH BERSEDIA UNTUK BERANGKAT???
Baca Lagi!
Thursday, January 8, 2009

Umat Islam Palestin sedang bergembira dan seronok

Umat Islam di palestin pasti sedang bergembira kerana sudah tentunya haruman bauan syurga sudah dapat dihidu oleh mereka.. Tapi Melayu mati, mati katak, merempit, dadah, AIDS.

KAMU RAKYAT PALESTIN BERUNTUNG DIPILIH ALLAH UNTUK SYAHID DI BUMI BERTUAH , BUMI BARAKAH , BUMI PARA NABI...


- KERANA MU PALESTIN , KAMI BERSAMA MU -

HANCUR ISRAEL , JAHANAM ZIONIS
BOIKOT SEMUA BARANGAN ISRAEL DAN AMERIKA SYARIKAT
Baca Lagi!

Seorang ulamak sedang berada di dalam sebuah kapal terbang untuk ke sebuah negeri. Apabila tiba waktu solat, dia pun ke tandas untuk berwudhuk. Oleh kerana tandas di dalam kapal terbang terlalu kecil, maka beliau terpaksa membuka pintu tandas itu ketika berwudhu. Tatkala beliau mengangkat salah satu dari kakinya ke tangki (washing basin), seorang peramugari telah ternampak perbuatan ulamak itu dan menegurnya.

Peramugari: (dengan suara dikeraskan..) Tuan tidak boleh memasukkan kaki ke dalam tangki tu, sebab ia akan mengotorkan tangki. Ini tempat basuh muka bukan basuh kaki.

Ulamak: (dengan suara lembut dan penuh rendah diri...) Berapa kali saudari mencuci muka saudari dalam satu hari?

Peramugari: (dengan sifat angkuh...) Kebiasaannya sekali atau dua kali dalam sehari.

Ulamak: (dengan sifat bersahaja....) Saya mencuci kaki saya lima kali dalam sehari, bererti kaki saya lebih bersih dari muka saudari.....

p/s:
Dalam seusiamu sibuklah dengan ilmu yang mampu mempertajamkan akal dan mampu membina sahsiah dirimu,sesungguhnya ilmu itu adalah cahaya yang bertapak di dalam hati yang suci

"Say your prayers before prayers for you are said"

"Blessed are they who have the gift of making friends, for it is one of God's best gifts. It involves many things, but above all, the power of going out of one's self, and appreciating whatever is noble and loving in another."
Baca Lagi!