Tuesday, November 4, 2008

Hiburkan Hati


Hiburkan hati sikit dengan cerita ini... selamat menghadapi final exam buat semua teman2 yang bakal menenpuhinya.. Rempuh dengan semangat... good luck.. chayok2!!

Di sebuah kg ada 3 org remaja yg suka lepak. Sorang tu nama dia Ali, sorang tu Budin dan sorang lagi Ciko. Aktiviti seharian diorang ni menybbkan tok imam tak senang duduk. Pd satu hari tok imam tu dtg dg niat nak tarbiyah diorang ni.

Maka berlakulah beberapa insiden cabar-mencabar.
Tok imam tu cabar 3 remaja tu ke surau waktu Maghrib nanti.

Si Alipun berkata, "Tok imam ingat kami ni jahil sangat ke? Takpa, nanti kami buktikan yg kami bukan la jahil sgt spt yg disangkakan" .

Maka apabila hampir masuk waktu Maghrib pergilah 3 remaja tu kesurau.

Tok imam pun suruh Ali azan. Tanpa berlengah terus je Ali azan, "Allah Ta'ala... Allah Ta'ala..." Dg segera tok imam merampas mikrofon drp Ali & menyuruh tok bilal azan semula. Terselah kejahilan Ali.

Selepas iqamat, masa nak sembahyang tok imam pun mengangkat takbiratul ihram. Tok imam pun satu hal, angkat sekali tak khusyuk, angkat dua kali pun tak khusyuk jgk lg..

Masuk je kali ketiga, Budin panggil tok imam. "Tok,tokduduk kat belakang, biar saya jadi imam."
Tok imam pun undur le ke belakang.

Budin pun angkat le takbiratul ihram. "Allahu akbar!" Maka para makmum pun ikut angkat takbiratul ihram & memulakan solat. Tiba2 je si Budin ni pusing ke belakang dan berkata, "Aa, tengok! Sekali jee tokkkk!!"

Lalu batallah solat Budin. Yg lain2 pun ikut berenti sambil ketawa terbhk2.

Tok imam pun mintak pulak si Ciko jadi imam. Si Ciko pun terus ke depan jadi imam solat tersebut bermula dari takbir sampai le habis sembahyang.
Siap dg wirid2nya sekali. Punyalah respek tok imam kat si Ciko niii...

Lepas solat, tok imam pun puji-memuji leee si Ciko ni... Tapi dgn bongkaknye si Ciko berkata,

"He hee, itu belum ambil wuduk lagi tu.Kalau tak, lagi dasyat aku sembahyang.
He heee..."
Tok imam pun terkedu & terpana...

2 comments:

LegendZ said...

haaha..lawak sungguh cerita ni..moral of story..jgn hidup dlm kejahilan sesungguhnya kejahilan itu merosakkn amal..

"Katakanlah: Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran." Az-Zumar, 39: 9

Taufik said...

bagus3x.. simple tapi bermotif dan bertujuan.. tu yang penting..
yang penting mesej yang nak diketengahkan sampai..so JANGAN JAHIL.. study dan tuntulah ilmu..Islam dah ada segalanya....

TUNTUTLAH ILMU DARI BUAIAN HINGGA KE LIANG LAHAD.