Friday, February 27, 2009

Tuhan Yang Satu


Bismillahirrahmanirrahim

Siapa itu Tuhan,
Tapi tak nampak pun Dia?..
Dimana Tuhan?

Persoalan-persoalan yang mungkin menjadi tanda tanya bagi kebanyakan dikalangan manusia.. namun hakikatnya Tuhan tetap satu, tiada yang lain melainkan Yang Maha Esa.

Kenapa tuhan itu satu?
Kenapa Tuhan orang lain ada dua, tiga, dan lebih daripada itu?
Bukankah Tuhan yang banyak itu lebih bagus daripada yang satu?

Analoginya sultan hanya seorang, pemimpin persatuan juga seorang, hatta ketua untuk group discussion juga seorang. Cuba kita bayangkan jika terdapat dua orang ketua dalam satu kumpulan, tidak dapat tidak mesti terdapat perbezaan dan perbalahan antara dua ketua.

Itu baru ketua kumpulan. Bagaimana pula bagi alam semesta yang luas ini ditadbir oleh dua kuasa? Pasti segala-galanya hancur kerana masing ingin menunjukkan yang dia terhebat.

Dalam islam, Tuhan itu agung. Dia yang satu-satunya mentadbir alam. Dia tidak mempunyai lawan. Bahkan iblis dan syaitan itu juga hambanya. Bukan seterunya, bahkan hambanya yang hina.

“orang-orang musyrik itu menjadikan jin itu sekutu baginya, padahal Tuhanlah yang menciptakan jin-jin itu” (Al-An’am :100).

Mungkin pernah kecik-kecik dahulu, kita pernah terdengar orang-orang tua kita mengatakan bila hendak melalui sesuatu kawasan kenalah meminta izin terlebih dahulu daripada penunggu pokok atau tempat tersebut. Lebih-lebih lagi bila hendak memasuki kawasan hutan atau sesuatu tempat yang jarang dikunjungi. “tok, cucu tumpang lalu, jangan makan cucu”. Mungkin antara dialog yang pernah didengar. Namun sedarlah harapan kita hanyalah pada tuhan semata-mata.

Kita lupa sebenarnya Tuhan itu pemilik mutlak, manakala hantu, syaitan, iblis, jin atau apa sahaja entity adalah hambanya.

“Dengan mengigati allah, hati akan menjadi tenang” (al-Ra’d : 28)

Tuhan itu sumber segalanya. Hanya adanya tempat kita meminta dan memohon pertolongan, bukan pada yang lain. Tiada kuasa ataupun Tuhan lain selain-Nya
Tuhan mencabar mana-mana kuasa lain yang dianggap sebagai tuhan itu bagi mencipta seekor lalat. Cuma seekor lalat. Sekiranya Berjaya, itu bermakna kredibiliti Tuhan itu sama denganNya. Tetai, tidak ada mana-mana kusa lain pun yang dapat menciptakan makhluk hidup walaupun seekor lalat. (Surah al-Hajj : 73)

Tuhan itu satu walau apapun agama manusia, mereka tetap bertuhankan Allah. Allah itu pemilik semua yang ada dilangit dan di bumi. Tidak ada tuhan yang layak disemabah melainkan dengan Allah.

Maka akrablah dengan tuhan, insyaallah hidup aman dan tenang walaupun ekonomi merosot atau apapun bala bencana yang menimpa…

2 comments:

Mohd Yusof Hadhari B. Saidon said...

Ketika kau memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi untuk digenapi...
Tuhan sudah membuka matamu dan memanggilmu dengan namamu.

Ingat bahwa dimanapun kau atau kemanapun kau menghadap...
TUHAN TAHU

محمد يوسف حضاري said...

Ketika kau memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi untuk digenapi...
Tuhan sudah membuka matamu dan memanggilmu dengan namamu.

Ingat bahwa dimanapun kau atau kemanapun kau menghadap...
TUHAN TAHU